Thursday, January 13

Permasalah bila duduk dengan mat dan minah saleh



Mereka akan kutuk engkau depan-depan.

Walaupun taktiknya bukan directly depan batang hidung kau, tapi mereka akan pastikan kau dengar apa yang mereka nak cakap pada kau.

Contohnya, konon-konon buat-buat cakap dengan kawan mereka dalam bilik lain. Cakap kuat-kuat.

Buat emo betul. Huh.

Perlu ke aku buat-buat cakap dalam telefon sambil bajet speaking cakap diorang ni pengotor pinggan lepas makan taknak basuh biar bertimbun dalam sinki tunggu 2 3 hari nak guna balik baru rajin nak pegang span dengan sabun?

Mattaku.



Pinggan punyalah malas nak basuh.

Seperti yang tertera di atas. Nasib baik negara ni kurang lipas dan tikus.



Dinasaur kemungkinan tinggal di tingkat atas.

Seperti yang anda sedia maklum, kaum mereka mempunyai purata tumbesaran dua kali ganda dari kau.


Walaupun mamat dan minah saleh yang duduk dengan aku berumur 21 tahun, mereka adalah lebih panjang dan lebar dari aku. Jadi ada kemungkinan mereka tidak dapat berjalan secara normal dan mengakibatkan bunyi berdentum yang kuat apabila mereka berjalan.

Macam Godzilla.



Tandas.

Jangan ada air setitik pon di tempat lain. Kecuali dalam sinki atau lubang jamban. Jadi kalau buang perlu aim betul-betul.

Walaupun begitu, kalau mereka mabuk tandas akan jadi horror. Sampai makcik cleaner pun tak mahu masuk cuci.

Berganda-ganda lagi up dari taraf hancing.



Masalah utama : Mabuk.

Gila horror. Waktu ni mereka boleh throw up merata-rata. Nasib baik bukan dalam flat sebab kena bayar.

Tin akan berselerakan dalam dapur. Jadi hari mereka mabuk aku makan maggi ajo.

Ketuk pintu aku pukul 3 pagi. Sambil ajak aku have fun.


Tengok Glee. (…)



Pengajaran English secara betul.

Ini nampak macam bagus. Tapi jadi tak bagus bila dia ajar nak sebut swear words dengan betul.

“It’s not –faq- dear, you don’t fooking say it like the Americans here. Its –fook-, strain on the letter U. Come on, lets hear you say it. Make it right dearie.”

Rosak.





Yes yes, they are good people, but somehow ini agak susah nak deal. Well, overall nasib baik dapat dengan diorang. Kalau dengan spesis yang cuba mencium aku tempoh hari agak bermasalah di situ.

Yang ini kalau mereka translate guna Google Translate harus lunyai aku dibelasah.

At least My Chemical Romance release album baru.

Jaana. =)

6 comments:

Hfz A. said...

hahahahahaha!
aku bersimpati.
tapi time part Glee tu aku tak tahan dah woi!
sorry sorry!
hahaha.

Dai said...

hahaha kisah benar woi!

burhan al-hilmi said...

yang awal2 tu..diorg kutuk kau ke?..

tp ak suke part xcuci pinggan tu..sgt2 betul..haha..seb baik la xde tikus kat sni..

Dai said...

haha kutuk sapa lagi.

pinggan tu macam apply kat suma yg duduk ngan mat saleh. hahaha

yui92 said...

cambesz ja kat situ kan? ohh mmg duduk serumah dengan orang yg slalu mabuk ka?

Dai said...

haha local = mabuk. simple ajo. almost tiap ari jugak senanye. kalau org ni x mabuk, org 1 lg pulak mabuk. so sistem mabuk diorang bagus jugak la. bergilir2.