Monday, January 17

Na Na Na

Tiba-tiba rasa nak meluahkan perasaan sekarang pada pukul 2 pagi walaupun esok ada kelas.

Sejak duduk UK Bahasa Melayu saya menjadi tongkang.

Ini sangat tidak bagus. Kalau menurut parti politik Melayu di Malaysia ini akan dilabel sebagai bangsat. Ataupun bahasa lembutnya rosak.

Hal ini demikian kerana (perhatikan kesalahan ayat di sebelah) seminggu duduk terkurung dalam bilik tak keluar mana-mana dan kalau keluar pun hanya ke jamban dan dapur. Itu pun akan bertembung dengan orang tempatan yang lazimnya tidak akan cakap Melayu.

Dia cakap orang putih….

Jadi persentej (ha kan, persentej pulok) berbahasa adalah kurang dari 10%. 40% inggeris. 50% lagi sebab asyik tengok Naruto dan video Korea, jadi kefasihan untuk Jepun dan Hangul adalah dominasi.

Oleh sebab itu juga, tahap temporary retardation juga meningkat. Contohnya tak perlulah disebut di sini. Memalukan umat sungguh kalau terbongkar. -_-

Jadi apa yang hendak cuba disampaikan sebenarnya?

Entahlah. Sebenarnya mahu tulis pasal benda lain. Tetiba tertulis tajuk ini. Hah. Sekarang rakyat Malaysia memang suka ‘ter’kan semua benda.


Nah lagu emo. Frankly speaking, semua lagu mereka dalam kepala hotak. Malangnya…..


3 comments:

.::annemishi::. said...

err.... aku x paham apa yg best ngn lagu nih? -_________-

Dai said...

erk. mungkin taste aku ajo pelik? -_-

~HuSnA ZuBiR~ said...

dai..ang deavtv8 fb eh?? nk num..ad bnda nk tya