Friday, December 3

LONDON journal

Selamat malam semua (kalau anda di Malaysia, selamat pagi).

Berikutan dengan peribahasa 'gendang dendut tali kecapi kenyang perut suka hati', saya yang kenyang perut setelah menelan seperiuk nasi dan kari ayam UK-Penang style, 2 bungkus Doritos, 1/10 bar Toblerone dan setengah pek Choco Balls dengan senang hatinya menulis post ini. Bukan senang mahu makan sebanyak ini, Kena tunggu hujung minggu baru boleh.


Walaupun agak ketinggalan dan cerita ini agak lama, tapi saya masih ingin bercerita. Hoho. London. Masa terbaik saya di UK. Sangat gembira pergi ke London, tahu?



Jumaat


Dari Lancaster ke London adalah 3 jam. naik kereta api. Tiket 50 pound. Sebab last minute, dapat yang mahal. Nasib baik di London cuma belanja 50 pound jugak. tapi banyak sangat tempat yang pergi. Gembira sangat oh.

Mula sampai tidur rumah Herda Farhana di University College London. Gempak gitu. Rumah beliau dekat dengan rumah Charles Darwin. Charles Darwin yang teori evolusi tu. Yang cucu dia berlakon cerita Narnia. Budak Edmund tu. Aha. Tengok dari tingkap dah nampak sikit.






Sabtu -
Lalu hell lot of places. Tapi banyak yang tak masuk. Cuma jalan kaki merentas saja. Kalau nak masuk kena ambil masa seminggu jugak baru habis. -_-

- Leicester Square. Pergi depan Odeon, tempat Harry Potter premier. Malam sebelumnya Daniel Radcliffe datang. Aiseh. Sebab ada exam terpaksa detang lambat sikit.



- Trafalgar Square.


- Bilik Asmin Ibrahim atau Yem dan Aiman Ahdar atau Maba. Tunggu Yem habis urusan sambil melayan Maba tengok cerita Korea. The Fugitive. Ada Rain. Hehe.


- Hungerford Footbridge.


- Jubilee Garden.


- Naik London Eye.


- Sea Life Aquarium London. Mahal sial. So tak masuk.


- Westminster Bridge. Kalau anda pergi sini beware of makcik-makcik mintak charity. They could be quite pushy.


- Parliament


- Big Ben


- Westminster Abbey


- Downing Street. Haha. Tak masuk. Lalu tengok buntut jalan saja. Ramai guard. Oh, yeah, number 10 is prime minister's office.


- Foreign and Commonwealth Office. Ni buntut bangunan jugak.


- Khan's. Haha makan. Dekat dengan Malaysian Hall.


- Baker Street. Masa ini Yem terlupa tiket Madam Tussaud's. So I'm left wondering alone. =)


- Sherlock Holmes Museum.

- The Beatles London Store.


- Adelphi Theatre. Love it! Hoho. Watched Love Never Dies, sequel of Phantom of the Opera.


- St Paul Cathedral.


- Millenium Bridge. Dalam opening Harry Potter and the Half Blood Prince jambatan ni putus masa opening.


- Shakespeare Globe.


- Lepak bilik Fadia Ilham di London School of Economics (saja tulis nama panjang, bagi glam. Hoho!)




Ahad
dengan Fadia dan Herda. =)

- London Bridge. Memang takda apa. Jangan silap London Bridge dengan Tower Bridge, please?


- London Dungeon.


- Imperial War Museum.


- Tower Bridge. Yang ini terbaik. Naik tengok exhibition. Bahagian atas, bilik enjin, jambatan semua explore. Hoho.


- Emirates Stadium. Haaa... yang ni terbaik sangat... Tak tahulah nak cakap apa. =)


- Madame Tussaud's Wax Museum. Haha. Ambil gambar lagha. Biarlah orang nak cakap 'apa barang patung lilin nak orang betul' ke, saya kisah apa. Kau orang dengan patung lilin pun tak ada. Heh.




Next =)
- Buckingham Palace
- National British Museum
- Natural History Museum
- Royal Albert Hall
- Greenwich
- Stamford Bridge

3 comments:

Muiz Nasrallah said...

Wow tempat3 sungguh lawa! :) Nampaknya tahun depan kena pergi sana kalau ada duit lebeh...

Dai said...

datang2! hehe. seronok jalan2. tapi jgn datang time sejuk. beku nanti. =)

Amira Athirah said...

bstnye!! nk pegi ;)