Saturday, November 27

Salji

Waktu itu pukul 7 pagi. Hari Sabtu, jadi semua orang enak tidur lagi. Saya jenguh luar tingkap. “Ah, salji dah turun!” dengus saya dalam hati. Pelik, setiap hari panas terik, hujan pun sangat jarang, jadi perlu ke salji nak turun malam-malam?

Saya pergi ke dapur. Buka peti ais. Cari botol hijau. Beer dah habis! Ah, mereka lupa beli lagi! Saya geram. Jadi saya berjalan balik bilik, dengan perasaan sejuk dan bosan.

Buka tingkap tengok salji. Takdelah lebat. Di London dulu salji turun agak lewat, itupun tak tebal. Di sini sangat awal. Saya termenung.

Tiba-tiba saya nampak ada seseorang keluar dari blok depan. Pakai seluar tidur, dan winter coat hitam. Saya pelik. Perlukah keluar sekarang? Kelas tak ada, jadi motif? Saya terus perhatikan dengan tanda tanya.

Dia jalan perlahan. Tengok sekeliling. Selepas itu dia pergi ke satu ceruk putih. Tunduk. Sambil pegang-pegang salji nipis di situ. Selepas itu saya tengok dia terus lari masuk blok depan itu kembali. Sampil senyum simpul.

Saya senyum. Ceh. International student rupanya. Fahamlah. First time tengok salji.




Diterjemahkan dari diari Steve. Bilik 23.

7 comments:

Hfz A. said...

hahaha awesome entry!
i doff my topi for this.
:D

Dai said...

haha tengs weh. appreciation. =)

Syahira Ismail said...

what a wonderful moment. i wish i'll experience it too.bestnye jd foreigner

.::annemishi::. said...

hahahahah..
dolah karim tol laaa ang nih dayah oi. :)))

Dai said...

syahira. haha best. at certain moments. but semua ponprecious. xkira la buruk atau best. =)

anne. hoho. tengs for the nice comliment. =P

unguviolet said...

cooooll!bru pham bla bca kali kedua.hehe

snow sini mlu2 plak nk trun.=)

Dai said...

ow hahahaha. =)

haha bulan nak dekat raya krismas nanti hilangla malunya. =)