Thursday, November 18

Orang tua perangai busuk!

Mak bapak mestilah selalunya mengajar anak mereka bahawa mereka wajib menghormati orang tua. Tapi kalau perangai orang tua tu sangat menyampahkan dan menyebabkan aku sampai terkenang-kenang perangai buruk mereka sampai sekarang macam mana? Nak respek pon rasa sangat tak berbaloi. Terutama orang tua yang dekat dengan kau. Kau respek macam mana pon nanti dia balun jugak.

Contoh pakcik jual sayur tepi jalan. Aku belek sayur dia. Terus dia berpandangan sinis dengan aku sebab waktu itu aku pakai baju sekolah. Lalu dia bajet aku tak ada duit dan saja main-main kot?
"Hoi apa belek? Mau beli ka dak? Pi sana!" dengan angkuh.
Aku gi BTN la sengal, memang nampak macam budak sekolah. Taw aku kecik. Fine. Aku blah. Walaupun orang tua ini perangai busuk pun, tapi sebab kau pernah tengok muka busuk dia sekali saja so kau tak ingat pun. Cuma dalam hati waktu itu memang meletup la. Baik itu bukan kategori yang aku nak bincangkan.

Aku lebih berminat dengan orang tua busuk yang kau kenal sangat. Komen-komen keji yang boleh membuatkan kau ingat sampai mati. Contoh, kalau kau nak kejut aku yang memang kaki tidur dalam kelas ni suruh bangun study dan jangan tidur, cakap elok-elok sudah.. Sebab kau cakap aku patut kena bala sebab tidur mati masa orang lain belajar, aku rasa macam kau sangat busuk. Hati tu busuk. Apa kes? Aku bukan hisap rokok ke apa waktu tu. Time tu aku memang busuk sebab tidur dalam kelas, tapi perangai kau lagi busuk.

Aku juga tak ada keinginan nak ambil hak kau.

Dan kau, orang tua busuk yang maki aku malam aku nak tinggalkan Malaysia. Sampai sekarang aku menyampah dengan kau. Sila ambil ingatan.

Kalau budak-budak sebaya aku boleh bawak geng pergi lempang je. Tapi sebab orang tua-tua ni supposedly dihormati kau, kau kena buat bodoh je. Anggap benda kecik.

But the truth is sampai tua nanti aku ingat kebusukan kau.


TAPI benda yang paling penting, orang tua-tua busuk sekalian, kau ajar aku satu pengajaran berharga. Nanti kalau aku sendiri tua jangan jadi busuk macam kau. Dan usaha sungguh- sungguh supaya jadi orang hebat. Supaya nanti kau rasa muka kau macam kena tahi.

Dan kalau kau terasa kau golongan dia atas, sila ambil dan masukkan dalam hati. Kalau tibe kau rasa nak berubah dan perlu minta maaf dengan aku atau siapa-siapa, kau hanya perlu doa kepada tuhan supaya aku melupakan perangai busuk kau. That's it. Sebab aku pun tak ingin jump kau lagi. Weird as it is, aku tak rasa kurang ajar atau menyesal tulis post ni. hahahaha!

No comments: