Monday, November 29

The Noobs.

Ingat Steve yang saya curi-curi baca diari dia dan masukkan dalam blog?

Kali ini Steve teman saya keluar jugak. Main salji. Faye dengan Jack pun ada. =)


Mereka sangat nice. Sebab saya ialah noob salji jadi malu nak keluar main sorang-sorang, mereka teman jadi noob sama. Main tuju-tuju bola salji. Sepak-sepak bagi kena orang. Tadah-tadah tangan sambil gelak kekeke dengan saya masa salji turun. Buat patung salji. Walaupun dengan susah payah. Hoho.



Patung salji. Steve cari puntung rokok letak jadi hidung. Dan Jack buat mata, katanya 'its a double patched pirate. haha!". Dan Faye cucuk tangan guna ranting pokok. =)

Yang saya terharu masa mereka cakap "It's your first snow experience. We want to be there for you. Haha!"



Korang memang baik weh. Walaupun korang tak paham apa aku tulis. Harap-harap korang dapat terima hidayah dowh. Doa terbaik aku bagi korang. Siyesli korang buat aku senyum dan hepi malam-malam sejuk ni. =)

4 comments:

.::annemishi::. said...

awwww.. itu sangat sweet.

Dai said...

kan?? dah la dorang budak2 3rd year. willing teman aku. sgt comel dow. =)

madihah said...

aku doa depa dapat hidayah gak..bukan hidayah dai..hehehe..weh,steve ,faye ngn jack tuh mna lg hensem?,bagi aku satu..hehehe,gatai

Dai said...

haha faye tu pompuan. jack ngan steve x hensem sangat. hang nak gak ka? XD