Monday, November 1

Mat Saleh dan BM

Ini kali keberapa entah mat saleh tegur dan bersembang dengan saya dalam Bahasa Melayu. Walaupun slang mu agak pelik sedikit, namun saya paham dengan jelas dan klier nya.

Baik, baik, saya takkan kutuk mat saleh dalam Bahasa Melayu lagi. T_T




Reaksi awal?

"Uih, mula aku ingat menatang apa dia tanya aku. Pastu baru pala otak aku dapat proses. Dia cakap selamat pagi la! Aku nganga ja sambil jalan sambil kalih belakang 2 3 kali. Masyuk!"


Dia dengar anda cakap Melayu?

"Mana ada. takdak orang Melayu tepi aku. Takkan aku cakap Melayu sorang-sorang kot. Mat saleh laen kata aku gila pulak nanti."


Perasaan?

"Rasa bangga hang taw dak. Dah la dok ulu kat UK ni, tiba mat saleh tanya aku dok Penang ka? Uih. Bahasa Melayu sampai UK weh!"


Bagaimana reaksi ketika bercakap?

"Nak cakap bahasa pa pon aku penin. Cakap bahasa melayu satgi ta paham lak. Las2 aku cakap mat saleh ngan dia, dia cakap Melayu ngan aku. Hampeh."


Masa depan?

"Kalau mat saleh ada agi cakap Melayu ngan aku, aku nak interview dia abeh-abeh. aku nak amek gambaq rakam abeh bagai! Nak tayang sket kat orang yang dok memuja sangat mat saleh nun. Takyah la. Masyuk ja kot depa cakap Melayu ngan kita."


Pesanan terakhir?

"Adoi, bahasa melayu best kot! Pakcik Malaysian yang jaga kedai kat market tu cakap Melayu ngan aku pon rasa heaven. Kalau jumpa mat atau minah saleh cakap penang ngan aku yang tu lagi over la kot reaction aku? Hahahahaha..."

2 comments:

.::annemishi::. said...

uih.. aku cinta bahasa melayu.

Dai said...

"Aku juga bangga ngan jang anneh"

Hahaha