Thursday, November 25

Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak

Zaman sekolah dulu budak-budak sekolah saya suka cerita perihal hari kiamat. Dengar takut. Seram. Mengucap panjang ramai-ramai. Saya pun satu kepala.


Sekarang tidak lagi. Tetapi orang sekeliling saya tak kira tua muda suka cerita.

"...laut bergulung! Hang boleh bayang ka? Tsunami pun uui... Aku seram!"

"Matahari naik belah barat tu tak lama dah. Marikh dah jadi...."

"Pondan melambak. Petanda tu."

"...gila babi punya pemimpin. Dah la korap (corrupt), nak buat bangunan tinggi lagi. Tanda besaq kiamat taw!"



Semua tahu tanda kiamat. Tapi adakah diambil pengajaran sebaliknya? Adakah ANDA dan SAYA semakin insaf? Sekadar untuk takut? Baik tengok Ju-on saja. Atau kalau minat filem Melayu tengok Puaka Tebing Biru. Heh.


Takut dengar cerita ini? Takut. Semua orang takut. Selepas itu ramal kiamat 2012 lah. Gambar tangan tuhan nak capai galaksi lah. Dapat apa? Yang penting, kau insaf tak???


Kalau niat anda buat semua ini untuk mengingatkan orang dengan tuhan, ternyata method kau salah.


Sebab kalau kau buka mata dan lihat apa-apa sahaja, walau apa pun, depan kau, kau sudah boleh melihat kebesaran Allah. Semua benda. SEMUA. Tapi terpulanglah dengan kau, sama ada kau nak berfikir atau tak.

Saya menulis sebab saya pun begitu dulu. Nak cari bayi mata satulah, ular kepala dualah, salji tulis nama Allahlah, baru nak terhegeh-hegeh cakap "Subhanallah!".


Padahal segala yang nyata ada di depan mata. Mata itu sendiri pun is a wonder.


Sesuai kan tajuk di atas?

1 comment:

yui92 said...

yeah macam benda illuminati tu suma bila dah tengok insaf sekejap je (insaf ke tgk arrival?) yg penting kita jaga diri dan cuba menjaga org lain jugak..