Tuesday, November 16

Jangan suruh aku jadi sopan dan ayu!

Fine malam ni memang aku emo. Pasal apa tah.


Berkenaan tajuk di atas, ya. Aku memang ada stail yang tak disenangi mak-mak mertua. Dah la berat mulut. Ganas. Cakap pun tak ayu langsung. Pakai pulak T-shirt Harry Potter masa orang datang ke rumah.

Sesungguhnya aku lagi ayu dari dulu, kot. Dulu lagi la berat mulut dan ganas dan berambut punk pulak tu.

So, boleh tak, tak perlu nak tegur gaya bahasa aku yang ekstrim. Yes, aku cakap 'sial' sebagai kata penguat aku. Panas sial, banyak sial, semua sial. At least aku tak cakap kau sial, kan? Sama la kalau babi. Sini tiap hari aku sebut babi. Diorang masak babi, ah kedai ni jual beger babi jom blah, peti ais aku penuh babi. At least aku tak sebut nama sapa-sapa babi kan?

Walaupun masa kecik-kecik aku lagi teruk tapi aku rasa zaman tu aku lagi cool dari sekarang. Sampai budak lelaki yang aku buli masa sekolah rendah dulu, sampai dia masuk SBP dan jadi tukang buli terbaik sekolah tu pun still tak berani jumpa aku sampai sekarang. Terbaik apa tah hang mat amir.


Ah kalau kau tak paham tak apa. Biasala. Kalau perempuan mengamuk tengah-tengah malam mestila sebab hormon. Heh.

Ha dan tak perlu suruh aku senonoh sikit masa tulis blog. Senonoh aku memang kurang. Heh.