Thursday, November 18

Google Earth

Sebelum tidur saya main fon. Saja seronok.

Tengok voice minutes. Kosong. Ah, pokai, saya fikir. Tengok internet. Banyak. Hehe. Main facebook kejap.

Bosan. Baca bio. Early life in pre-cambrian period. Sebab bosan sangat fikiran melayang. Tiba-tiba teringat Kyuhyun. Nak berlakon teater ni. Adoi pengsan. Usha trailer kejap. Ternyata beliau masih macho hensem. Berangan nak pi Korea December ni walaupun obviously dah sangat pokai. Bagus. Terus baca pre-cambrian period lagi.

Tangan terus gatai. Bukak safari. Bosan. Tutup. Nampak Google Earth. Bukak. Main tengok Paris kejap. Usha tempat. Tibe tangan sendiri putar pergi Malaysia. Magnify dekat Penang, sampai nampak rumah. Diam... Set current location terus laju dia pusing balik UK. Jauh gila. Diam...


Lepas 3 minit sambung baca pre-cambrian period.



Nota kaki - ditulis dengan fon sebab masih bosan dengan pre-cambrian period yang ada ulat saja tu.

No comments: