Thursday, October 28

Hampir Sebulan...

saya di sini. macam sekejap gila. rasa sangat sekejap sejak tinggal rumah dulu, rasa sangat sekejap lepas tinggal famili. rasa sangat sekejap sejak tinggal malaysia. rasa sangat sekejap lepas pertama kali naik kapal terbang, dan pertama kali jejak di negara orang. rasa sangat sekejap lepas tertinggal kapal terbang di London, dan mula perjalanan hidup sebagai perantau. Banyak sangat sekejap, sampai rasa seperti mahu melempang saya? silakan! pos malaysia RM 74 untuk 10 kilogram, bergantung kepada berat pelempang yang anda ingin hantar kepada saya! dan masa diambil selama 2 bulan! ha!

apa yang dapat duduk di negara orang?
nak cerita? ha! mesti panjang berjela-jela. baru 3 minggu.


ilmu. pernah rasa duduk dalam bilik kuliah sambil dikelilingi orang berambut kuning-kuning dan coklat sambil pensyarahnya cakap bahasa inggeris slanga sepanyol? sambil cerita pasal kehebatan charles darwin? peliknya saya suka gila kelas ni. =)

pernah tengah masak-masak di dapur sambil botol beer melambak-lambak di tepi anda? kalau rasa terganggu tolak je dengan tangan. oh, dan bekas daging ayam simpan sebelah dengan bekas bacon. dan tepi sayur dalam peti ais ada botol rum.

pernah tengok lebih kurang 50 manusia lari depan anda tanpa pakai apa-apa? keluarga di malaysia belum tahu hal ini. dan mintak-mintak tak ada ahli keluarga yang baca blog. mampus.

tak sangka pulak bahasa arab komunikasi yang dipelajari di sekolah dulu akan berguna lagi. sebab kawan saya ialah warga Arab Saudi. =S

mandi air sejuk sampai macam rasa bahagian bawah badan tak ada. pancaindera mati seketika.

pergi carboot macam heaven gila. adikku, mahu teddy bear lagikah? yong beli 10 kirim balik malaysia mahu?

masuk gedung nike macam nak try semua kasut.

makan spageti setiap hari adalah dikira miskin. makan nasik telur dan kicap seminggu sekali macam nak nangis sedap sangat. dowh, bukan tak reti masak, kelas pack okeh. =)

atuk-atuk lompat naik atas bas macam org umur 20. kalau saya kata atuk-atuk dan bukan pakcik-pakcik tua, saya betul-betul maksudkan atuk-atuk.

bulu anjing dia dan mcm hemp! gebu gila! kalau bukan daging kena samak memang aku peluk-peluk! kucing-kucing macam nak colek masuk beg. babi dia hemp!

buntut anda tak perlu ke mana-mana, tapi anda boleh habis duit beratus-ratus dalam 1 masa sahaja.




setakat ini sahaja. sari berita utama. malas nak sari. ouh, dan kena simpan duit. cuti mahu pergi KOREA. XD

No comments: