Saturday, September 4

UK VISA APPLICATION PROCESS PART 3 (last edition)

Maaf. Edisi kali ini saya akan campakkan semua dalam satu post. Harap bersabar membaca.



4) Gambar Visa UK

Yang paling senang sekali (ambil nota kata penguat dua kali, jadi yang ini paling busuklah kalau malas pun).

-gambar 45mm x 35mm

-background putih

-tudung hitam. Yang tak pakai tudung dan rambut kuning tak payah pergi dye rambut hitam.

-jangan sengih, senyum atau buat peace. Duduk bosan dan pandang kamera sambil buat muka tiada perasaan.

-kalau nak selamat, yang pakai cermin mata buka, dan yang pakai tudung sila lipat tudung anda ke belakang. Jadi nampak muka bulat yakin anda. Sekali lagi yang tak pakai tudung tak payah buat.

-mata jangan pejam atau kenyit-kenyit dengan photographer.

-tak boleh ada frame putih di tepi. Kalau ada boleh potong sendiri.

-dan gambar photoshop tidak diterima.


Kalau mahu lagi terperinci boleh dilawat di sini. http://www.ukvisas.gov.uk/resources/en/docs/12160810/Photoguide



5) Student Survey

Benda yang mungkin paling relax dalam visa application. Isi sahaja ikut maklumat sendiri. Jangan tipu. Senang sahaja.


Pergi sini, dan cari Tier 4 point based system. http://www.vfs-uk-my.com/documents.aspx



6) Dokumen Sokongan + appointment + submitting

Kumpulkan segala macam dokumen sebelum serahkan di wisma MCA. Tolong semak betul-betul.


Borang : -

- VAF9 (online form) Student Tier 4 semua akan guna borang online. Jadi tidak perlu isi borang online dan print satu lagi borang VAF9 yang perlu tulis tangan.

-PBS Appendix 8

-Student Survey

-Tier 4 checklist

-Surat appointment.


Dokumen original

-bank draf

-gambar (1 jaah)

-passport

-financial afidavit (minta sponsor)

-sponsored letter (minta sponsor. Kalau mereka tak mahu bagi mungkin boleh lepas kot. *nada sangat tidak yakin)

-CAS number (kalau dihantar dalam bentuk emel printkan sahaja walaupun buruk)

-CAS documents (result A-level, IELTS, English 1119 etc. Benda yang tertulis dalam CAS macam mana universiti consider time nak offer anda)


Dokumen Fotokopi (kalau ada bawa yang original tidak perlu pengesahan)

-passport

-financial afidavit

-sponsored letter

-CAS documents


Dan sangat-sangat, kalau anda larat duduk dalam Wisma MCA tu lama-lama silalah jangan buat appointment. Mereka yang buat appointment pun ada yang datang dari pukul 6.30 pagi dan hanya habis urusan pukul 5 petang. Tolonglah buat appointment beberapa hari lebih awal.

Ramai-ramai pun boleh, buat group appointment, janji buat.

Kecualilah dalam kes-kes di mana pada waktu itu result exams belum keluar atau orang lain sudah babai fly jauh. Waktu itu orang tak ramai membanjir di wisma MCA itu okay.


Dan tolong, please please pastikan dokumen anda adalah tersangat lengkap sebelum anda datang ke situ. Kalau datang situ belum tangkap gambar atau belum buat bank draft, agak cari penyakit di situ.


Sangatlah lama akan tunggu di situ. Kalau boleh kawanlah dengan budak-budak lain walaupun tak kenal. Walaupun ada yang muka serius dan sangat 'tidak bersosial', jika anda tegur sekali insyaallah boleh masuk. Sembang-sembang. Tak adalah mati terkapaq kebosanan.


1st kaunter (4th floor) - Document check

Tunggu. Segala dokumen akan disemak. Ada ke tak ada dia mungkin tak beritahu. Jadi rajin-rajinlah bertanya kepada pegawai itu.


2nd kaunter (19th floor) - Submit document

Tunggu lagi. Bagilah segala dokumen tadi. Dan jika nak buat bayaran sampingan apa-apa boleh, (bukan rasuah, lain lain) kecuali visa fees.


3rd kaunter (19th floor) - Biometric data

Lagi kau kena tunggu. Selepas itu ambil cap cari. Jadi pastikan semua jari anda montel dan sihat. Walaupun jari saya melecur namun kita harapkan semoga lepas. Ada sesi bergambar, dan semasa ambil gambar sila buat muka tiada perasaan sekali lagi.



7) Document collection

Sila ambil perhatian yang segala passport dan dokumen-dokumen original termasuk result akan dicolek oleh pihak Visa. Jadi jika anda ada urusan lain sila fotokopi siap-siap.


Anda boleh datang sendiri atau suruh mereka pos lajukan dokumen anda. Bayar RM20 di kaunter penyerahan dokumen visa. Tetapi jika anda tinggal di Penang, anda malang kerana hanya ke negeri itu mereka TIDAK akan pos. Jadi bolehlah suruh orang lain ambil atau datang sendiri.


Lamalah juga mahu siap. Boleh track application anda di visa website.




Nota kaki – Insyaallah memang ada kebenda yang saya terlupa mahu letak. Saya akan update lagi nanti. =)


Ehem ehem. Sebenarnya saya tidak mengharaplah segala credit2 ke apa-apa kalau anda copy info ini. Tetapi penat saya tulis ini, boleh doa kejayaan saya sikit? =)

2 comments:

Atun said...

hi! good info!!

mungkin boleh add sikit disini...kolo boleh double check dengan university utk;

1)info supporting documents yang perlu dihantar serta;

2)confirmkan maklumat mcm fees ada disubmit oleh university ke UKBA dan tertera dlm system CAS

as kita cuma diberi CAS no shj dan tataw apa yg disubmit oleh university, tp bole je email tanya bhgn admission or department di university tu...

akak baru je direject sbb 2 perkara diatas dan percayalah; bayar visa fees sebnyk 2 kali lantaran perkara sebegini adalah sgt menyakitkan hati...dan membuang masa...

and by the way, masa Imperial assess akak dulu, diorg guna Masters punya cert, tp utk visa application diorg minta bachelor degree certs pulak...hmm...

harap2 second application ni lepaslaa... :(

Dai said...

oh baik tengs! harap akak punya yg ni memg lepas. =)