Sunday, September 5

Medical check-up

Medical check-up

Done in private clinic. Hell cost a lot of money. The system is… uncomfortable.

Selepas tengok borang medical check up KPM itu, kakak kaunter terus suruh saya ambil sampel air kencing dalam tandas. Sebab dulu saya pernah melalui tragedi ‘air kencing tidak mahu keluar ketika medical ceck up’, jadi saya simpan dari Subuh tadi.

Mahu berjalan dari tandas ke tempat letak sampel bukanlah jalan yang berliku, namun penuh rintangan. Sepanjang tepi jalan dibarisi pakcik makcik yang sedang menunggu giliran berjumpa doktor. Dan disebabkan mereka tiada apa yang mahu dibuat, maka sesiapa yang berjalan di sepanjang jalan itu akan diusha.

Jadi malanglah bagi seorang pakcik. Semasa saya berjalan sambil tersorok-sorok air kencing saya yang agak penuh satu bekas, dan lagilah malang sebab bekas itu saya pegang hanya dengan dua jari dengan perasaan geli dan cuak. Kejadian malang yang berpunca dari sebuah lubang kecil pada lantai jalan itu menyebabkan kaki saya tersadung dan saya tercampak objek yang saya pegang itu. Maka pakcik yang sedang mengusha saya dengan rapatnya telah tersiram oleh objek tadi.

Dan malangnya perenggan di atas hanya khayalan saya ketika berjalan kerana geram dengan pakcik pengusha tadi.

Jadi objek yang saya pegang tadi telah selamat mendarat di atas meja kaunter tadi. Adoi yang paling tak tahan kakak tu pegang objek tadi tanpa pakai sarung tangan. Adoi biar betul anda adalah medical practitioner? Tak takut kena Leptospirosis?

Baik abaikan.


Ada 3 perkara yang paling saya benci ketika medical check up:

- x-ray

-ambil air kencing dan

-ambil darah


Satu lagi adalah mantoux test. Ah kalau mahu detail google sendiri. Ada sesi cucuk dan mencungkil bahagian bawah kulit kau, diikuti sesi memasukkan kuman tuberculin yang telah disterile. Bunyi macam sakit. Memang sakit. Dan saya semakin risau bila haram tiada apa kesan di situ selepas 3 hari. Mujur lepas.

No comments: