Wednesday, September 29

Kegiatan Sebelum Berangkat

Masa : 12 Ogos 2010 – 31 September 2010



Memenuhkan perut dengan segala makanan Malaysia.

Dan setiap hidangan akan dikira. Sambal petai terakhir, cendol terakhir, ais kacang terakhir, laksa terakhir, cekodok terakhir. Apabila masuk seminngu sebelum terbang curi-curi makan pada tengah malam, sambil makanan bercampur air mata.


Mengambil gambar

Kucing tidur terkangkang pon ambil. Muka buruk adik pon ambil. Bilik sendiri yang bersepah macam sarang jembalang pon ambil. (Ini sebab punggah barang untuk masuk beg okeh. Selalunya memang kemas. Huh!)


Menjelajah Penang

Cari barang, dan kawan-kawan lama. Dan guru-guru (lama?). XD


Membeli belah

Dapat cari kasut Super Junior dan sweater FT Island. Fine bukan obsess. Dah lawa belilah. XD


Belajar memasak

Berjaya membuat nasi briyani dengan bantuan rempah segera. Hehe.


Tengok TV dengan lama

Tonton puas-puas Spongebob Squarepants bahasa melayu. Dan KBSW. Nanti di sana tiada KBSW. Atau Spongebob Squarepants melayu. Down…




Mungkin ini post terakhir dari Malaysia. Semoga selamat semua. Semoga teguh iman. Semoga berjaya mendapat ilmu. Semoga sempat (dan berduit) untuk keliling dunia. Paling penting semoga bahagia dan selamat keluarga di Malaysia.

Aku pergi Malaysia! Aku harap dosa, maksiat, dan jenayah di dalammu akan semakin pudar sehingga tinggal tiada setompok pun.

Aku ke UK 1 Oktober ini. Kepada semua yang telah member support di blog ini, kansamhamnida yorobun, thank you all, syukran kathiran, terima kasih semua, arigato na minnasan! Akan bersambung semula selepas sampai di sana. Insyaallah.

4 comments:

.::annemishi::. said...

selamat terbang. :D

unguviolet said...

take care!dayah,slamat fly jgk.

Anonymous said...

dayah..tc yah..ati2 dtmpt orunk..
aku sntsa support hg wlpn aku jauh kt cni nt..
sedey nya hg dh nk p..
:(..tp apa2 pn aku tetap bebangga dng hg my fren!

Dai said...

anneh dan bihah, tengs weh. kalau berkesempatan sila mai uk~~~~ org ostolia dan org amarika, bersedia utk menyambutku dtg nt~~~~ XD

yeh, cik ros, aku taw itu kau!! haha... mai la sini weh. =)