Monday, September 6

Balik ke Sekolah.

Antara salah satu agenda sebelum terbang.

Saya ada 4 sekolah perlu dilawati. Perlu? Mungkin. Dan ada satu perkara yang mula bertapa dalam kepala otak saya; Nak cakap apa entah dengan cikgu? Ohoi awatlah skill komunikasi secara santaiku sangatlah berkarat dan berminyak?


SK Permatang Pauh

Haish belum pergi. Tetapi insyaallah mengharapkan kunjungan yang suam dan gembira (tidak termasuk Guru Besar itu yang saya rasa hell kalau jumpa).


SMKA Al-Irshad

Kepada yang rasa saya masih menipu sebab pernah belajar di sekolah ini suka hatilah. Juga kepada mereka yang rasa saya ialah produk rosak sekolah ini, sekali lagi suka hatilah. Entah meter mengukur rosak itu datang dari mana saya kurang pasti.

Yang pastinya ada warga di sini yang merasa saya ialah produk rosak. Sebab apabila semua orang bercakap Bahasa Arab saya ternganga diam. Dan apabila ditanya saya pening menyusun ayat Arab yang sudah agak berkarat dalam otak. Ya, saya faham apa yang anda tanya, cuma saya tidak pantas menjawab. Dan saya juga faham kutukan bahasa Arab anda. Mungkin itu akan menjadi kali terakhir saya pergi ke tempat itu. Noktah.


SBPI Kubang Pasu

Tempat ini bukan di Kelantan atau Selangor. Harap maklum.

2 jam pertama adalah minit-minit yang bahagia. Sambil bersila di atas lantai tanpa sebarang kerepek sebab pada bulan Ramadhan, bersuasanakan tempat Madam Hajar yang ‘unik dan mempunyai susunan tersendiri’, saya, Nabilah Aziz doktor India dan Madam Hajar bersembang dengan rancak dan gembira. Sambil merancang mahu ke Korea, Paris, Jepun, Turki, Scotland dan Bangalore serta Kashmir.Walau perbualan hangat beberapa kali ditegur, kami tetap rancak. Segala gosip-gosip hangat yang saya ketinggalan ketika berada dalam daerah Lembah Beringin daerah kesepian berjaya dikutip semula.

Waktu bersosial dengan guru-guru lain saya kembali menjadi blur dan hilang momentum bercakap. Gagal.

Haha satu pesanan Cikgu Wey 'Hang Dayoh nanti dah ado boyfriend jangan dok bercinto dalam facebook. Cemuh tengok kalau bukak facebook dok ado mesej depo jo duo-duo orang. Buboh la ayat-ayat Qur'an sikit ka'. Hahaha epik!

Selepas ini jika mahu bergosip mungkin perlu melepak di luar sahaja.




Kolej Yayasan UEM

Sangat gembira! Terutama berjumpa junior si Adila Hadi dan Laili Amalia (junior tua XD). Saya pasti akan mendoakan kalian! Dan tolong tolong datang teman saya di Lancaster! Mungkin kerana hanya baru 3 bulan meninggalkan kolej sindrom gagal bersosial saya masih boleh dimaafkan.

1 comment:

Adila Hadi said...

Dai! :) saya pasti merindui anda :) insyaAllah :) nk pegi jugak..

p/s: rasanya kami masih muda. haha