Tuesday, August 17

UK VISA APPLICATION PROCESS PART 1 (3rd update)

Baik walaupun tajuk entry dalam bahasa Ianggeris saya masih akan menulis dalam bahasa Melayu. Tetapi kerana terdesak saya terpaksa rojakkan. Maafkan.


Second update : Red writing.

Third update : Purple writing.


Post ini hasil daripada :-

-Diskusi tidak rasmi budak-budak KPM di Facebook dan YM dan melalui telefon.

-Entry blog dari senior-senior yang saya ambil pada tahun lepas.

-Stalking Facebook orang lain

-Laman web Visa.

-Updates dari para senior.

-Pengalaman sendiri


Jadi entry ini bukanlah menjamin yang Visa anda 100% akan lepas dan lulus jika betul-betul mengikut panduan ini. Ini sekadar panduan. PANDUAN. Mahu isi macam mana. Kalau tak lepas jangan bawak parang serang saya, boleh?


Kalau berupaya tolong, tolong please baca dengan teliti sampai habis. Kalau tak faham juga bacalah website visa tu. Pastikan jangan tinggal apa-apa pun. Sebelum mahu buat visa tolong cek dengan rakan-rakan lain sama, atau dengan senior, supaya mengelakkan peristiwa pahit titik noktah hitam. Boleh?



Overall Step

- www.vfs-uk-my.com

- Klik di ‘Get Online not in Line’ (Banner besar gedabak bahagian atas sekali page itu) Isi borang online. Cetak.

- Muat turun dan isi borang PBS Appendix 8 General Student Assessment Form.

- Bank draft

- Gambar passport saiz UK visa

- Dokumen sokongan.

-Bank draft

-Serahkan dokumen



1) Isi Borang Online

Menda ni tak kisahlah nak buat selepas dapat result dah ke, sebelum ke, suka hatilah. Tapi kalau 2 hari lagi nak fly masih rilek buat bodoh lagi, kau memang cari sakitlah.

Seafdhalnya isilah dalam Bahasa Inggeris, sebab kalau ikutkan dokumen sokongan kau pun kalau bukan Bahasa Inggeris kena terjemah belaka.

Janganlah menipu.

Sila simpan unik number yang diberi tu. Boleh keluar dan login kembali. Kalau login pakai nombor unik itu. Kalau tidak login dalam masa 7 hari application anda akan dimusnahkan. Yeah!

Tetapi janganlah tidak lalu makan. Boleh saja buat application baru. Nak buat banyak-banyak pun boleh. Tapi nanti print satu sahaja yang berkenan.

Buka website http://www.vfs-uk-my.com/

Sebab website Visa UK lebih menyusahkan dari website Visa US, agak susah nak cari link. Cari link Apply online not in line, besar punya atas sekali page itu. Lepas tu isi. Selepas submit semua, print dan bawa sekali semasa ke visa centre.


Soalan lazim.

Purpose of application? PBS Tier 4 Student.

Type of application? Tier 4 (General) (Sponsored) student. Yang private saya tak pasti.

Family name? Nama bapa.

Given name? Nama sendiri.

Mengenai nama, jika di pasport dan IC anda ada perkataan binti, jangan gundah jika visa tiada binti. Okay saja sebenarnya. =)

Passport’s place of issue? Negeri dan negara.

Issuing authority? Immigration Department of Malaysia

Phone numbers? Letak 6001********. 60 ialah country code.

Date travel to the UK? Ini kalau saya. Kalau sayalah kan. Saya letak tarikh seminggu selepas tarikh saya bercadang mahu serahkan borang Visa di wisma MCA. Tidak lambat atau awal sangat. Ataupun 10 hari sebelum tarikh start course (cadangan sponsor saya).

Pesan Kak Sha, “Make sure date u propose tu...masa u sampai accommodation semua ada....no point letak date awal utk visa & flight ticket tp u merempat...”

Signature? Full name. Lepas cetak benda alah signature ni takkan ada tahu.Hilang. Poof. Tanda tangan sendiri dan letak tarikh. Jadi kalau semasa online nak letak nama Cho Kyu Hyun pun boleh. (Tapi haram buat. Jangan jangan. Letak nama sendiri ok?)



2) Bank Draft

Kalau terbalik dengan yang atas pon tak mengapa. Mana-mana dulu.

Sekarang harganya RM 1055. Dalam pound tak pasti. Kalau terlihat dalam websitenya tulis RM976, kemungkinan ianya tidak diupdate. Dan boleh tambah beberapa ringgit lagi untuk servis lain, contohnya penghantaran dokumen kembali dengan pos. Sebab ketika visa diproses segala dokumen asal kita termasuk pasport akan disimpan oleh pihak visa. Tetapi jika boleh pergi ambil sendiri di visa centre silakan. Silakan. Tengok sini untuk Perkhidmatan tambahan.

http://www.vfs-uk-my.com/services.aspx

Buka sini. http://www.vfs-uk-my.com/payment.aspx Boleh baca sendiri. Baca dengan teliti, termasuk notes yang ditulis. Sangat penting jika anda tidak mahu kehilangan RM 1055.

Bank draft ini hanya valid untuk 30 hari selepas anda membuatnya. Jika anda tidak menyerahkan segala borang anda kepada Visa Centre dalam waktu ini, duit anda akan BURN!

Sebaiknya boleh buat di Alliance bank. http://www.vfs-uk-my.com/images/sample1.pdf. Sebab di Alliance anda datang hanya perlu ambil nombor, pergi ke kaunter dan cakap mahu bayar Visa UK. Kemudia dia bagi borang, akan suruh isi nama VFS (Malaysia) Sdn. Bhd, nama anda sendiri, passport dan berapa mahu bayar. Kemudian terus settle.

Baik salah satu istilah yang selalu disalah faham ialah VISA PAYMENT. Maksudnya simply ialah menyerahkan bank draft yang telah dibuat ke visa centre sekali dengan semua borang.

Dari apa yang saya dapat, anda boleh membuat bank draft di mana-mana cawangan bank. Asalkan bank itu besar, terkenal dan mempunyai banyak cawangan di merata tempat. (Alliance, Maybank, etc)

Ada tiga channel,

1. By cash across all Alliance Bank Counters (not through the cash/cheque deposit machines)

2. By cashier's order/ banker's draft issued from any bank and can be submitted at the VFS UK visa application centre and payable to "VFS (Malaysia) Sdn. Bhd." payable in Kuala Lumpur only.

3. By online fund transfer if you have an Alliance Bank savings or current account with personal internet banking access (alliance online PERSONAL) to Payee Corporation: VFS (M) S/B FOR UK VISA FEE, Account number: 14185-0-01-001313-7,

Untuk option 1 dan 3, tiada bayaran tambahan. Tetapi harus menunggu sehari selepas hari bekerja sebelum menyerahkannya di visa centre. Untuk option 2, bayaran tambahan dikenakan dan boleh diserahkan pada hari yang sama.

Seeloknya cari Alliance bank di negeri anda, dan buat bank draft. Jika bank draft anda bermasalah, boleh rujuk cawangan Alliance bank yang ada di wisma itu. =)




Saya sangatlah menasihati anda supaya jangan ikut membabi buta sahaja. Jika boleh, baca dulu di website Visa dengan teliti. Insya’allah akan update jika ada info baru. Kalau mahu kongsi bersama pon boleh. =)

Part 2 akan datang.

4 comments:

d0c-t0-be (insyaAllah) said...

salam 'alayk sis :)
tgh buat loncat2 blog,saje baca blog orang.kebetulan tgk blog awak ada cakap ttg VISA untuk ke UK.

ni saya ada copy-paste daripada kawan saya yang belajar di UK.mungkin boleh membantu urusan ^____^ :-

Buat yang nak terbang ke luar negara, UK dan Ireland khususnya.. Link di bawah sangat2 membantu! Siap boleh flip2 page. Lengkap dari aspek Visa Application, Medical Check up, Things NOT to forget, What to pack, What NOT to pack, Baggage, Shipping Parcel, Banking, Student Organisations, etc. Dibawakan khas oleh iluvislam.com ♥

http://www.youblisher.com/p/43273-Small-ISSUE-Student-s-Survival-Guide-for-UK-and-Ireland/

Dai said...

oh, terima kasih sangat! insyaallah boleh sahre2. =0

d0c-t0-be (insyaAllah) said...

no prob.sila2 share ^_^
selamat berangkat ke UK ye.selamat ber'pening-pening'an dengan proses packing.
rezeki awak dapat fly ke UK :)
garaplah ilmu dan pengalaman banyak2 di sana.

Dai said...

insyaallah memang tula niat sy. huhu. bukan senang nak dapat ilmu kat sana. =) tq byk2 sebab membantu! =)