Thursday, August 5

letup

Baru tadi, jam 3.00 pagi berlaku letupan kuat berdekatan rumah saya.

Tangapan pertama; Israel dah sampai sinikah? Cis. Pemikiran yang tidak sihat.

Rumah jiran saya meletup. Punca tidak dapat dikenal pasti. Baik, ianya sangat menakutkan, letupan yang amat kuat, lebih hebat dari bunyi tayar lori kontena yang pecah. Api tinggi amat; Sekelip mata saja. Tak tahulah kalau ada sesiapa yang cedera. Tapi sumpah, rasa macam jantung sendiri nak pecah.

Rumah jiran saya dalam 200 meter sahaja dari rumah saya. Dekat sangat. Cuma kalau api nak merebak ke rumah saya mungkin agak menyusahkan di pihak api, sebab di tengah-tengahnya ada Lebuhraya Utara-Selatan.

Saya lari keluar pergi tengok. Bila tengok kepala otak penuh. Saturated. Kalau Allah takdirkan itu rumah aku macam mana? Ini adakah peringatan kepada aku yang selalu terlupa tutup api cerek semasa bancuh kopi untuk abah? Kalau lepas ni aku yang kena macam mana? Kalau jadi masa aku dah fly nanti macam mana? Kalau aku mati sebelum dapat ambil result macam mana? Abah mama? Tak sempat kahwin pulak? Iman entah ke mana-mana? Akhirat nak jawab apa sebab di dunia lagha ajo? Macam mana la orang tu? Dah la nak raya ni, ok ntah? Kalau betul la Israel tadi... Na’uzubillah...

Itu baru satu letupan. Takut jika memikirkan saudara-saudara di Palestin.

Satu letupan yang menggerakkan otak berkarat ini. Supaya berfikir.

3 comments:

MeAndDaOnlyMe said...

astaghfirullah ..
benar amat kemerepekan mu itu dai ..
kite mnusia ni cpt amat leka dan terlupa ttg hakikat bhawa mati itu bkn terletak di tgn kita ..
like diz post .. =D

yui92 said...

camna keadaan jiran tu?

Dai said...

=)

yui - alhamdulilah, depa suma selamat. cuma rumah habis terbakar, apa pon xdak. huhu.. sangat sedih..