Tuesday, August 17

Ke Hadapan Kawan-kawanku...

Pernah rasa kekecewaan yang sangat?

Saya pernah. Hal lama mungkin tidak perlu diceritakan.

Mungkin saya tidak memahami 100 peratus perasaan mereka. Tetapi kita boleh rasa kesedihan mereka.

Kepada kawan-kawan, minta maaf jika tidak menelefon bertanya khabar atau menyapa. Kerana aku tidak tahu apa yang perlu dikata.

Dan jika ia berlaku pada diri aku sendiri, aku tidak mahu sesiapa menganggu. Dan aku tidak mahu kata-kata semangat dari mereka yang aku kenal, yang sudah berjaya. Sebab dalam hati aku aku akan rasa seperti mahu menjerit kembali ‘engkau lepas bolehlah cakap banyak!’. Serius. Jadi walaupun korang bukan begitu, aku masih tidak tahu apa yang perlu dikata.

Dan aku amat faham jika korang membenci deringan telefon buat masa ini.

Kalau di kolej, aku akan peluk korang erat-erat. Tanpa sepatah haram pun yang keluar.

Sejujurnya kesedihan aku untuk rakan-rakan mengatasi kegembiraan aku sendiri. Aku tidak tahu apa hikmahnya, namun aku harap ia membawa seribu makna kepada kita semua.

Yang cemerlang, tahniah. Tetapi jangan lupa menjaga hati mereka yang tidak. Kerana mungkin satu hari nanti, kau akan mengalami benda yang sama. Dan ketika itu kau akan merasa peritnya. Sila jangan sampai kau terkena sendiri baru mahu mengerti.

Kawan-kawan, aku tahu ini basi, tetapi hikmahnya ada. Aku tahu, sebab aku pernah mengalaminya. Kerana dari kekecewaan itu aku di sini. Dan dari kekecewaan itu aku sedar yang kita adalah milikNya. Aku belajar membuang keangkuhan. Dan berserah.

Harapan masih ada untuk kalian ke sini. Dan kalau bukan sekarang, pada masa hadapan. Dan kalau tidak terjadi, anggaplah usahamu untuk mencapai kejayaan itu adalah ibadah extra korang untuk ke syurga. Kebahagian di tangan tuhan.

Bak kata seorang warga kita, "Jodoh aku kat sini la tu..."


“Berusaha weh! Jangan putus harapan nak study. Tak kira macam mana pon kita kawan.”


Minta maaf jika post ini juga merobek luka dihatimu. Sesungguhnya aku sedayanya cuba untuk menjadikannya sebagai penyembuh kepada kalian, walau sedikit. Jika tidak sampai hajat itu, maafkan aku sebagai manusia biasa..



Kepada yang rasa ini klise dan mengarut dan tidak berfaedah dan nak tunjuk baik konon, suka hatilah. Boleh buka kamus dan cari maksud ‘husnul zhon’.

2 comments:

yui92 said...

true kak dayah... org yg suksez klu nasihat org yg xsuksez agar sabar2 jangan putus asa kdg2 akan nyakitkan hati je...

tp y not org yg xsuksez tu pun sama2 accept n husnuzzhon gak? =p

Dai said...

em betul2.. org yg x sukses pon kna husnuzzhon..