Thursday, July 8

Jangan Nak Anti Boleh??

Perenggan seterusnya adalah karya berasaskan emosi dan perasaan penulis. Bagi sesiapa yang mementingkan keharmonian, anda tahu apa anda perlu lakukan.

Segelintir makhluk tuhan yang selalu perasan bagus, membuatkan saya naik angin. Skeptiks. Itu tak kena, ini tak kena, mampuslah kalau kau nak satu dunia jadi klon kau. Semua benda mesti ikut cakap kau. Contoh kenyataan seperti di bawah.


Contoh 1. SYAMPOO pon kecoh.

“Hairan kenapa perempuan suka sangat pakai SYAMPOO X. Kenapa, SYAMPOO G tak best ke? Baik pakai SYAMPOO G, rambut tak gugur blab la bla…”

Apakebendanya? Suka hatilah orang perempuan nak guna syampoo apa pun. “Jangan expect satu dunia nak sama taste dengan kau boleh?” kata kawan saya. Makhluk sepsis ini yang suka sangat nak komplen apa yang orang lain suka. Sakit hati kenapa? Kalau kau tak suka, fine, diam sudah. Tak perlu nak anti orang lain.

Selepas itu kita akan lihat beberapa orang yang mangkuk. “Akak tak main la pakai syampoo ni. Murah je. Akak lagi suka pakai SYAMPOO T, lagi wangi…” Motif? Nak tunjuk pada orang yang perasan bagus ni kau pun kononnya bagus?


Contoh 2, bola sepak. Manusia A suka sangat bola sepak. Makhluk B tidak.

Manusia A : Oi bola semalam best giler! Argentina lawan Uruguay pot pet pot pet…

Makhluk B : Aku tak suka tengok bola la. Jadahnya ramai-ramai kejar sebijik bola atas padang? Sampai baju basah kuyup? Dah dapat tendang bagi orang lain plak. Tak rasa tak berfaedah ke? Tak rasa bodoh tengok?

Perasaan Manusia A? Sendiri tahu. Memanglah kau kutuk benda atau sukan yang bernama bola sepak itu, tetapi manusia yang suka padanya akan terasa terhina. Faham? Macam jijik sangatlah tengok bola sepak itu pada pandangan kau.


Jadi macam orang Jepun boleh? Bukan nak angkat bangsa lain. Orang Jepun kalau pasal bola sepak, patriotik habis. Tahu kelab-kelab bola sepak negara sendiri sahaja. Sokong sendiri punya. Liverpool, Manchester United atau Newcastle, tanda tanya. Tak kenal. Kalau kenal pun, diam. Tiada komen.

Jangan jadi macam orang British boleh? Pernah tengok Top Gear? Kereta German, Jepun, US, semua hodoh. Semua buruk. Semua tak kena. Semua sampah. Kereta British saja hebat. Nak bangga produk sendiri pon biar kena. Kalau bukan, maaf. Saya pernah tengok satu episod itu sahaja.


Kepada yang masih tak faham apa kejadahnya yang saya tulis tadi, baik, saya bagi klu. SYAMPOO dan bola sepak hanya metafor. Jadi kalau tidak tahu juga benda apa, tidak perlu komen yang tidak membina. Terutama bagi golongan makhluk-makhluk dia atas. Kepada golongan yang bukan di atas, sila ambil pengajaran. Suka, fine. Tak suka, diam. Selagi tak bertentangan dengan syarak, tak perlu kutuk orang yang suka.

Sekian. Emosi terganggu.

9 comments:

husnazubir said...

haha..dai2~
lawak tgok ang emo kt cni :D

Dai said...

hahaha apakah lawak tgh emo? husna, nanti nk pi skolah ajak aku taw. =)

madihah said...

haha..betoi2...rilek dayah.dia komplen bnyak2 masukkan botol shmpoo dlm mulut dia..wakekekeke

Dai said...

haha, berniat gak. boleh2, nanti aku try. =)

kash berimbun said...

emo jer. xper. bukan selalu emo ni.

.::annemishi::. said...

hurmm.. betul. betul.betul..

bagus.. aku pon pernah gak terpikir cam tuh.. haha..

Dai said...

kash - emo kejap je.. =)

anneh - kan kan? geram je.

Siti Zaleha Shahid said...

salam dayah! lama aku x jumpa hang...pendapat aku la kan .. kalu nabi saw, baginda kalu xsuka sesuatu mknn tu baginda x makan dan x kata apa2..signifikannya, kalau kita tak suka sesuatu benda yg berhukum harus tp org lain suka, kita patut diam shj...xperlu kecoh..kalau benda salah kita kenalah tegur pelan2 secara berhikmah..bru org boleh trima..kan?

Dai said...

oh zaleha, betul2. ada sabda tu. huhu. kadang kita pon rasa plik ngan org yg suka kecoh2 ni, walopun kita xterlibat.