Friday, July 23

Encik Kopenhagen

Malam sejuk ini mood merapu mencurah datang. Entahlah apa signifikan kemerapuan dia bawah.

Sekarang tiba musim berpasangan. Maka Encik Kopenhagen mengatur langkah macho sambil keluar rumah, penampilan rapi dan kemas menawan. Sungguh kacak diriku, fikirnya. Mata melilau, mancari wanita idaman. Namun wanita idamannya susah sekali dijumpai di kawasan ini, memandangkan Encik Kopenhagen memang berlagak kebaratan, jadi mampuslah nak mencari wanita idaman yang anggun seksi di kampung ini. Maka wanita sederhana dengan rupa paras jadilah pun mungkin boleh. Namun persaingan sengit. Pemuda-pemuda yang lain juga sedang dalam proses berpasangan.

Dipendekkan cerita, Encik Kopenhagen yang berlagak British Gentleman ini pulang dengan masam. Kalah bersaing. Pemuda kampung yang lebih kemelayuan dan gagah menjadi pilihan para wanita.

Datang menghampiriku dengan muka masam mencuka. “Meeeoowwww”. Minta ikan.

Kucing ngokngek.

Nota kaki – kalau bosan sudah melampau boleh buka dengan Google Chrome dan terjemahkan jadi English. Bahasa gila rosak macam tahi.

1 comment: