Tuesday, June 22

Menulis kembali setelah lama terhenti

HABIS. A-level. Kehidupan kolej. Zaman remaja. Tekanan.

MULA. Cuti. Malas. Goyang kaki. Menjadi suri rumah berjaya.


Momentum menulis sebenarnya sudah lama hilang. Sebelum peperiksaan menulis macam gila, sampai tangan rasa seperti mahu tercabut. Pen Carera sebatang hanya mempunyai jangka hayat selama 1 hari. Gila.

Jadi selepas peperiksaan saya buat apa? Di kolej tengok video Korea. Layan orang datang mintak movie. Berdiskusi sampai 4 pagi. Ah seronoknya.

Aktiviti sebelum keluar kolej. SATU, kayuh basikal pergi beli pisang goreng. Lepas itu makan tepi padang golf Lembah Beringin. Cerita hal ehwal semasa (maksud – gosip panas). DUA, panjat tangki air. Ambil gambar keindahan KYUEM banyak-banyak. Lepas itu cuak lari turun, takut kena marah dengan Bursar. Cis.


Dengan mula meminati video Korea, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari menyukai lelaki tempatan. Dan takkan ada masa memikirkan mereka. Takkan berasa kecewa, kerana sekurang-kurangnya tahu yang lelaki Korea yang menjadi idaman kau itu takkan mungkin kau dapat. Jadi tidak perlu terhegeh-hegeh mengharap orang yang kau minati akan datang pada kau. Bekalan cukup sebelum berjumpa suami sebenar. Atau kalau berasa diri sangat loser kerana terhegeh-hegeh menanti ‘lelaki’ itu. Cukup. Personal experience.

Tak sangka dan kecewa kerana diri sendiri tertarik kepada seorang yang begitu.


Soalan lazim masa kini – bila kau/hang/awak/kamu/hampa nak fly? Aduh, berasa begitu ketinggalan. Kawan saya yang sama umur sudah tahun kedua Ijazah sarjana muda. Gila. Kalau tak lepas setahun setengah lagi akan dibazirkan. Mula tensi kembali....

Sejak kemalasan melanda, satu lagi penyakit malas juga menyerang. Tersangat malas untuk menguruskan hal fly. Gila apa, merasa malas gila mahu pergi UK. UK skema, pergi sana memang akan merempat dengan kemiskinan dan banyak lagi yang difikirkan. Agak bongok alasan di situ. Dengar cerita nak pergi sana, barang kau semua kena yang original. Kalau software ke, laptop ke, baju ke, hard disk ke, stationary ke, yang dijumpai tidak original, takkan terlepas di airport. Luggage pon kena original, tak faham aku dengan umat mereka ini. Sesiapa yang mengetahui ini palsu, tolong beritahu segera, supaya kemenyampahan yang nyata ini dapat dipadamkan.

Cuti-cuti ini ramai yang pergi bercuti. Yang pergi oversea pon ramai. Diri sendiri hanya mampu duduk di hadapan laptop, menganga tengok gambar orang. Biarlah.

7 comments:

.::annemishi::. said...

haha..
welcome back penulis tegar..

alah.. x lama ang pun fly aaihh.
amiin..

Dai said...

penulis tegar... suka nama itu.. =)

madihah said...

hi suri rumah berjaya..welcome back~~

madihah said...

(nak bg nama kat hg juga..hahaha)

Dai said...

haha suri rumah berjaya.. lipat baju sambil tgk drama korea. sgt style. =)

wallemo said...

ttbe rasa cam org bodo je kwn ngan kwn ko tuh.. nk sumbat korea byk2 cm x bjya je.. haha

Dai said...

ko sumbat yg xbest... kesilapan aku xbagi video yg gempak kat ko. hoho