Sunday, March 21

How to make Passport - for Dummies


Di sini kami menyediakan cara-cara dan tips lengkap untuk warga pelajar yang baru mahu pertama kali ingin membuat pasport. Inisiatif ini diambil atas sebab pihak kami sendiri kekurangan informasi ketika mahu mula-mula membuat pasport, menyebabkan ke’blur’an di kaunter Jabatan Imigresen. Bolehlah buat di mana-mana Jabatan Imigresen Malaysia yang berhampiran anda.


Artikel ini untuk mereka-mereka yang :-

- Ingin membuat pasport untuk pertama kali.

- Sudah mempunyai surat tawaran dari university anda (conditional atau unconditional).

- Ingin membuat pasport antarabangsa.

- Berumur 18 hingga 21 tahun.


Bahan-bahan yang perlu disediakan :-

- Gambar ukuran pasport (2 keping)

Sila pastikan latar belakang biru muda, bukan merah atau putih. Bagi muslimah tudung wajiblah berwarna gelap. Glossy paper (kertas foto licin).

- Kad pengenalan dan 2 salinan

Fotostat KP atas satu kertas A4, depan dan belakang dalam satu muka.

- Sijil kelahiran dan 2 salinan

Fotostat tidak perlu depan belakang, kerana belakang surat beranak itu hanya bekas kedutan sahaja. Depan sahaja.

- Surat tawaran original dan 2 salinan

Boleh yang conditional atau unconditional, asal ada. Pandai-pandailah berkomunikasi dengan pegawai itu. Sebaik-baiknya bukan dari print komputer, kerana diragui kewarasannya. Pastikan nama anda, uni, dan tandatangan + jawatan orang yang menghantar surat itu jelas tertulis.

- Surat tajaan dari penaja dan 2 salinan

Pastikan nama penaja dan segala butir yang dirasakan perlu ada tertulis. Sekali lagi jika boleh elakkan cetakan komputer yang tidak mempunyai tanda tangan.

- Duit

Pelajar bawah 21 tahun akan dapat diskaun. Jadi selalunya akan dapat buat dalam harga RM150. Dan sila dengar dengan teliti ketika sesi pembayaran, kerana jika tidak akan teranggap RM350. Lalu malu.

- Bawak diri

Jangan suruh ibubapa anda pergi membuat pasport anda. Kamonlah.


Borang (Form_IM.42)

Seringgit sahaja. Kamonlah. Jangan kedekut.

Selepas mengisi borang dan melengkapkan dokumen barulah anda boleh mengambil nombor. Sebaik-baik taktik, mintalah sesiapa membeli borang itu untuk anda, isi siap-siap di rumah dan esok terus pergi ambil nombor. Sesak kot tempat itu. Kalau terlambat memang leceh.

Isi di tempat berikut :-

**Kalau anda tiada nama lain tidak perlu isi ruangan nama lain.

Nota kaki – anda perlu mengetahui tinggi anda. Berat tak payah.


Semasa

Tunggu nombor giliran. Selalunya anda akan dipanggil 2 kali, sekali untuk urusan soal-jawab dan sekali untuk fulus (bayar). Ya, dan sila sediakan duit lebih, mana tahu, bahan-bahan anda tak lengkap, dan ada yang perlu difotostat lagi. Dan urusan membuat pasport selalunya hanya untuk 7.30 pagi sehingga 10 pagi sahaja.


Pasca

Pasport tidak akan siap ketika itu juga, tapi selepas 2 jam minimum. Seafdhalnya esok hari la ambil. Semasa mahu mengambil pasport anda, sila bawa :-

- diri

- kad pengenalan ori

- sijil kelahiran ori

- resit bayaran

Tak perlu ambil nombor, terus pergi kaunter untuk mengambil pasport yang sudah siap.



Nota kaki :- Jika ragu-ragu bawa sahaja semua dokumen bersama. Sijil masuk sekolah keluar sekolah SPM PMR A-level IB nikah kahwin semua-semualah. Bawak sekali kontrak-kontrak dengan penaja anda. Tapi ini TIDAK perlu. Ohoi tak payah.

3 comments:

.::annemishi::. said...

aku pun buat passport sniri dlu.. bpk ku x tlong pon.. dia tukang jdi driver ja.. =.="

Dai said...

senasib... =(

ajaib said...

Salam kunjungan dari Team AjaibBenar[dot]blogspot[dot]com

Kami menghargai setiap kunjungan dari anda. Terima Kasih.