Tuesday, March 9

Chalet Tepi Jalanan

Kawan saya hidupnya di KYUEM dalam sebuah chalet tepi jalanan. Ceritanya menarik. Aduh…


Katanya chalet itu kadang-kadang tak best. Sebab selalunya chalet selalu ketiadaan elektrik, walaupun ketika itu chalet lain ada. Kadang-kadang tandasnya rosak. Kadang-kadang internet connectionnya hampeh. Tapi itu lumrah KYUEM. Tetapi fitrah yang paling menarik pasal chalet ini, pemandangan luarnya. Jeng Jeng. “Eh, jangan habaq kat Puan Rog tau!” Dia pesan.


Setiap kali dia keluar chalet kena pakai yang menutup aurat. Sebab lelaki ramai yang lalu di jalan depan chalet itu. Tetapi kadang-kadang dia bukak pintu sikit, intai-intai ada orang ke tak, kalau line clear, dia lari keluar. Oi malas. “Yela, nak buang menda ciput ni kat tong sampah tepi tangga chalet nun, malas la”. Setiap petang lagi tak boleh bukak pintu. Orang main bola dekat padang depan chalet kot. “Kalau aku kuaq wat free show habih yang patut gol tak gol pulak”. Katanya.


Tetapi kadang-kadang dia terkantoi. Malam. Dia tak nampak, dah la malas pakai spek mata, intai-intai, macam line clear. Lepas tu keluar buat badak. Tiba dengar suara orang. “Oi aku macam kecut gila, ingat hantu”. Rupanya ada orang tengah dating... Belakang pokok. “Ya adei, malam kot. Entah la buat apa. Aku pon satu. Bongok sangat tak pakai tudung watpa tah”.


Kalau ikut tingkap dia pun dia boleh skodeng. “Bukan apa, bukak tingkap terus nampak. Takdak niat pon. Hish. Astaghfirullah. Hang ni pikiaq leklok sket pasai aku. Husnul Zhon....”. Tapi kadang-kadang best jugak nak tengok. Hari tu dia dapat bonus. Skodeng-skodeng sekali nampak orang tengah kissing. Mak aih. Sempat snap gambar sekeping dua. Dapat sekali dosa. Lepas 2 3 hari dia rasa loya, delete la gambar tuh. Hampeh. Ingat nak masuk dalam Yearbook, katanya.


Dewasa ini, makin ramai katanya yang suka tempat romantik itu. ‘Ui tiap malam 2 3 kapel weh. Meriah sial tempat tu. Semua suku ada. Dah macam 1 Malaysia!’ katanya dengan penuh patriotik. Katanya lagi, ‘Budak-budak ni selamba ja, orang lalu pon depa wat dono ja oo. Kadang-kadang aku dok sidai kain sambil usha-usha, kot-kot la depa ada inisiatif nak pi tempat len. No efek! Yele nahi!’. Kadang-kadang dia dengan geramnya akan hempas pintu kuat-kuat, tunjuk protes. ‘Yele nahi!’.


Kepada semua yang terlibat, kawan saya ini meminta maaf sekiranya ada terasa dari lubuk hati masing-masing. ‘Bukan pa, aku rimaih la, nak kluaq ada laki. Kalau lesbo xpa ar jugak, pompuan ja. Eh pikiaq balik, ui takleh takleh takleh!” Dia merasa seharusnya jika mahu melepaskan rasa rindu yang terpendam di jiwa, bolehlah beransur ke tempat lain. “Aku taw depa nak kontrol sket sbab depa taw ada orang dok skodeng depa, so depa tak wat papa la. Tapi, ayoo, how to put in words ar?” Tetapi sebaiknya, janganlah ke tempat yang lebih gelap. Atau ke tempat lain yang menganggu orang lain pulak. Nanti mereka bakar blog saya sebab cadangan merepek. Bukan apa, sekadar menyatakan rasa tidak selesa....


Sekian. Innalillahi wainna ilaihi raaji’un. =)

4 comments:

.::annemishi::. said...

wuyooo... free show beb.. haha...

eh, cuba pasang radio yg sakaratul maut tuh.. ingat dak yg time kita kecik2 slalu dngar tuh..
haha.. pasang aar kuat2..
bagi depa TERdngaq sekali..

:P

syafiq yazid said...

report je kat pn rog
bukan salah hang, salah meke gak
kissing2, melampau tol

wallemo said...

ak pun skt mata gak!
amboi2 dy ingat chalet pompuan nih lembah maksiat ke apa??
klu berani sgt g buat kt chalet laki r! dol betul!

Dai said...

anneh - hahaha... aku rasa kalau dengar pon wat bodo ja tuh. xde efek! yele nahi!

syafiq - notis pn rog pon dorg wat bodo gak... dorang memang berhati kental dan bertelingan kuali.

herda - dorang taw chalet laki mereka2 itu akan kena gila ekstrem... tp chalet pompuan mcm xde kena pepe kan... haaih....