Saturday, February 20

IELTS awalan dan ORATORS' LEAGUE

Terima kasih kepada mereka-mereka ini, saya mendapat latihan IELTS awalan. Terutamanya latihan speaking, writing, listening dan reading. So the IELTS exam this week could be tackled a little more easily.





Reading – Jenuh berpeluh-peluh membaca pelbagai jenis artikel untuk mencari bahan yang boleh digunakan ketika sesi perbahasan nanti. Tiba-tiba dari Biology boleh lompat ke Hitler. Apakah?


Writing – Men’generate’ isi-isi yang akan digunakan. Pada peringkat permulaan harus menulis esei penuh supaya tidak menjadi ‘blur’ ketika sedang bercakap. Jadi harus keluar segala ayat bombastik yang boleh mentiaw pihak lawan.


Speaking – Mempersembahkan idea-idea ketika sesi perbahasan. Kadang-kadang terasa diri ini sangat merapu dan tergagap-gagap, namun terus buat muka yakin dan teruskan bercakap benda merapu itu. Bila kena POI harus membalas dengan segea, jadi harus pandai merapu lagi, macam speaking test part 3. Bila kena buat ‘reply speech’ harus merapu lagi, macam part 2 dalam speaking test yang kena merapu dalam masa 2 minit secara spontan itu. Baik bukan merapu. Benda serius. Macam ‘Malaysian’s Education System Prepares Us for the Work Force’. Ohoi.


Listening – Walaupun sudah lepas bebanan 8 minit tadi namun harus mendengar dengan teliti pihak lawan merapu pula. Dan mentiaw mereka kembali. Jika tersalah dengar dan tersalah tiaw akan kena tiaw kembali. Jadi supaya tidak tersalah tiaw dan mencari benda untuk mentiaw harus mendengar dengan teliti.












Nota kaki - Ohoi anda semua mari jumpa lagi selepas 3 4 tahun akan datang! Dan takmau kat Australia!


4 comments:

captain emperor said...

asal gambar aku xda..buhla yg da gamabr aku..wawawa:((

Dai said...

kat atas skali tu ada kot... hahaa.. tula... eksklusif sgt...

syafiq yazid said...

ohh, aku nmpk skolah aku n stadium bndr penawar dlm gmbr ko

zorro said...

JOM RAMAI2 KITA PI AUSTRALIA. :)

kak dayah mai melancong australia okay. nnt kami ramai2 pi lawatan homestay kat rumah kak dayah di UK. hehe..

rinduu orators' league!