Friday, January 15

The Theory of Evolution

Oh maaflah tajuknya sahaja yang menggunakan bahasa orang putih.


Selama ini saya dengar saja orang bising-bising bangkang Teori Evolusi. Katanya manusia ini dulu semua beruk. Saya yang masa itu umur kanak-kanak gelak-gelak. Selepas itu saya dan rakan-rakan semua buat demonstrasi ‘nenek moyang’ kami. Angkat dua belah tangan, kengkangkan kaki dan buat bunyi ‘Lady Gaga’. Zaman kanak-kanak saya memang tidak begitu senonoh.


Sekarang belajar baru faham. Tak sangka peringkat A-Level kena belajar tajuk ini. Ek-ong ek-ong sana sini baru faham. Baik mula dari sini. Kenal Charles Darwin? Gambar dia ada amat mirip dengan moyangnya. Makhluk tuhan inilah the bearer of the evolutionary theory.


Baik mari kita bertaaruf bersama jejaka ini. Nama Charles Darwin. Asal England. Tidak ingatlah bahagian mana. Mula-mula bapak dia mahu dia ambil Medical course di salah satu universiti tempatan (tempatan dialah di UK nun). Selepas itu tiba-tiba dia minat mahu ambil Theology. Oh, Theology ini satu cabang ilmu yang berkaitan dengan ilmu agama Kristian. Jadi disebabkan kekayaan raya mereka maka bolehlah dia menukar course yang diambil. Habis. Bab-bab rumah tangga beliau saya tak nak masuk campur.


Kerjaya bermula di atas kapal HMS Beagle, dia belayar merata-rata tempat bagi mengkaji alam flora dan fauna yang tumbuh subur di serata dunia. Cewah. Yang paling popular adalah di Pulau Galapagos. Jadi didapati haiwan di kepulauan itu mempunyai spesifikasi berlainan walaupun ternyata merupakan spesis sama. Dah habis dia pun balik.


Jadi penelitian intensif dibuat. Kesimpulan yang dapat ialah hidupan berevolusi kerana tekanan perasaan yang diakibatkan oleh keadaan sekeliling. Maka terjadinya natural selection. Okay maksudnya berubah kerana persekitaran lah. Hish susah pulak.


Yang itu tak kisah sebenarnya. Ha suka hatilah. Memang yang itu macam betul. Tapi bila dikait dengan ORANG yang evolusi... Mak... Jelas sangat spesis lain. Lagi satu teori ini semua organisma berasal dari satu. Susahlah kalau nak bayangkan pacat dan gajah besar itu satu keturunan. Tambah susah kalau nak bergaduh dengan cikgu Biology yang atheis. Adoi la... Kalau Kristian boleh tahan lagi...

No comments: