Friday, January 15

dua kosong satu kosong

Amaran : Post ini memang post merepek semata-mata. Di’rate’kan untuk had umur 13 tahun ke atas, kerana sebab-sebab penggunaan bahasa yang excessive.



Post pertama tahun ini. Tahun ini yang berubah – lemak bertambah, tinggi tak juga bertambah-tambah, jerawat pulak sibuk-sibuk nak bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Lantaklah.


Jadi semalam pergi dengar konsert muzik klasik orang putih di dewan. Sebenarnya terasa macam bosan sebelum pergi, tapi pergi duduk dengar dan menghayati dulu. Okay best. Tahniahlah kepada Mr. Sutherland kita, kerana berjaya mempengaruhi minda saya. Tengok secara langsung memang masyuk. Layan habis. Ada viola dan piano, sedap~~~~ Okay tak boleh over-over.


Tidaklah saya begitu lagha orangnya. Saya juga menghadirkan diri ke sesi perkongsian Ustaz Hasrizal. Memang best jugak ini, bertambah ilmu di dada dan menggalakkan saya berfikir. Ceramah beliau memanglah amat konsisten best. Maka haruslah menjadi gembira atas sebab otak yang berhabuk sawang ini didesak berfungsi sedikit. Membersihkan rohani sedikit, selepas fenomena tidak memberangsangkan Teori Evolusi Charles Darwin yang berkaitan manusia itu.


Hatta cuti yang lama kotak pemikiran menjadi seperti rantau basikal berkarat yang tidak diminyakkan. Jadi apabila sesi soal jawab dalam kelas selalunya jawapan yang diberi salah. Ah down. Sedih okay rasa teramat inferior.


Walaupun sawang juga banyak terkumpul di dalam UCAS, namun ada pihak yang sudi menceriakan suasana. Ohoi terima kasih York dan Lancaster, Insyaallah York sila tunggu saya ke sana. Dan kepada saudara Imperial dan Warwick, kalau anda mahu mereject pun sila cepat sedikit. Lambat mak oi nak tunggu hampa dua taw tak penantian itu satu azab sengsara dalam jiwa. Tetapi kalau anda mahu menerima saya terima dengan kembang hati, jantung dan limpa. Terima kasih laaa...


Hal ehwal rumah tangga. Sekarang masih bagus, berdiri dan berjalan dengan lancar. Loker yang rosak dan tandas yang tidak boleh dipam sudah dibaiki, seperti baru dan bersinaran. Tiada lagi kumbang atau lipas. Semut juga. Cuma katil dan laci meja mereng sedikit. Tetapi masih boleh hidup dan bersyukur ke atas nikmat melimpah ruah yang diberi.


Elaun baru masuk. Oh masyuk. Harus simpan. Untuk masa depan. Okay terpantun. Ramai yang sedang stand-by duit untuk resit paper. Nauzubillahimin zaalik, jangan laa oi, tak maw resit nox, mampus gila aku study. Oh berdoa kepada Yang Esa supaya keputusan Chemistry AS dan Maths AS yang mahu keluar nanti A A belaka. Komponen-komponen sekali. Amin. Amin. Amin. Memanglah exam itu hanya tangga ujian atas ilmu yang diusahakan, usaha itu yang penting, namun begitu haruslah mengelakkan membebankan ibu bapa dengan bayaran paper resit yang mahal itu. Duit itu haruslah digunakan untuk kepentingan lain.


Semasa cuti berlaku penyelongkaran ke atas loker dan beg-beg baju yang disimpan di dalam bilik TV. Motip? Ohoi dengan sukanya diingatkan di sini bahawasanya pengambilan barangan haram itu akan menyebabkan anda mendapat seksaan di neraka. Sesungguhnya saya tidaklah mempunyai hati yang suci bersih untuk menghalalkan barangan yang diambil, kerana, amboi-amboi, ingat bapakku beli pakai air Indah Water kah? Beliau bekerja dengan tekun dan teramat susah untuk membeli barangan itu lalu anda mengambilnya dengan besar hati. Ingat saya gabenor Bank Negara? Haish sudah hentikan bebelan.


Sekarang musim The Killers. Ohoi lagu mereka best. Tapi tak banyak yang betul-betul syok. Lagu lama best. Mr Brightside, All The Things That I've Done dengan Somebody Told Me.


May I write in English? My speaking sucks this semester. All my debate aura had long gone, and I am left with this lack-vocab sickness. Stumbling everywhere, so ashamed when speaking to the mat salleh teacher. Breed disebut bread. Ah down. Ohoi haruslah cuba diimprove, Imperial mahu 7.0 oi.


Nota kaki – Tahniah kepada kawan sechalet saya yang berjaya menjadi hot stuff baru-baru ini. Semoga hot selalu.

No comments: