Wednesday, December 9

Zaman Kanak-kanak Ribena Dulu

Dulu masa sekolah rendah kawan-kawan panggil saya Dayah Sport. Sebabnya, saya tidak sekepala dengan budak-budak perempuan lain. Oh, dan saya amat hebat dalam sukan. Dululah. Sekarang sudah menjadi mandom.

Selalunya saya berkawan dengan budak-budak lelaki. Ketika itu majoriti mereka masih kanak-kanak ribena. Saya juga yang memang terbukti tidak matang langsung pada waktu itu dan sifat agresif terlampau amat bahagia bermain dengan mereka. Kami main tepuk-tepuk kad, jentik tudung tin, karom dan berbagai aktiviti dalam bilik darjah yang lain. Kalau di luar selalunya kami main bola sepak.

Oh, dan salah satu sebab nama Dayah Sport itu lekat; Saya pernah dipanggil oleh guru kerana membaling kasut sekolah saya pada seorang budak lelaki hingga menyebabkan dia menangis. Er, mungkin sakit, sebab kasut itu terkena weeweenya.

Dalam kelas selalunya budak-budak perempuan akan berkumpul ramai-ramai di belakang, keluarkan lirik lagu jiwang rock kapak yang ditulis di atas lembaran kertas keronyok dan menyanyi ramai-ramai dengan penuh perasaan. Saya pula akan duduk di tempat saya di hadapan kelas dan menyiapkan latihan soalan UPSR yang telah diberi cikgu.

Bila dah umur begini saya rasa saya skema pula masa zaman muda-muda dulu.

Dah tulis sampai sini, baru saya perasan. Motif saya tulis karangan ni?...

4 comments:

hamidi said...

wey i think dayah sport came from 'joyah sport', satu karakter dlm majalah gila-gila yg sgt popular dahulu. kau igt? =P

Dai said...

owh yg mulut muncung ke depan tu? hish kuajaq btoi bdak2 ni, rupanya da mksud tersirat!

nadia said...

hak3..aku pon xpahm apa motif ko..dah la ayat cm majalah gempak je aku bce...

Dai said...

eh macam majalah gempak ke? haha x perasan plak... XD