Wednesday, December 16

Usop Sontorian

Dulu semasa zaman kanak-kanak dulu kalau tonton televisyen memanglah bosan. Kartun pun semuanya cakap mat saleh. Manalah faham. Tonton filem animasi Tarzan dulu semasa umur 5 tahun memang tak pernah faham, walaupun setiap hari sampai 2 3 kali mengulang pasang tape kartun itu sahaja. Oh, dulu rumah saya hanya ada pemain tape (entahlah namanya dalam BM). Belum ada pemain VCD. Sekarang tonton kembali baru faham. Oh, si Tarzan itu cabut bulu ekor si gajah sebab dicabar kawan-kawannya. Dulu saya ingat dia mahu bulu itu untuk buat baju. Baik. Habis cerita Tarzan.


Jadi yang tinggal hanyalah cerita kartun Jepun yang dialih ke Bahasa Melayu, cerita kartun Melayu, dan drama Melayu. Dan drama Melayu sememangnya akan ditolak ke tepi setepi-tepinya. Budak-budak manalah faham kenapa mamat-ini-dan-minah-itu-yang-bekerja-di-dalam-pejabat-eksklusif-selalu-bergaduh-gaduh-dengan-jelingan-tajam-selepas-itu-bebel-bebel-sesuatu-benda-yang-berbunyi-macam-saham-share-dan-apa-apa-lagi-entah. Oh, kartun Melayu yang saya suka pastinya Usop Sontorian, Yorkies dan entah nama satu lagi kertun ini yang ada buah mangis dan pisang yang bertangan dan berkaki itu.


Paling gempak tentulah Usop Sontorian. Ceritanya amat best walaupun had pergerakan agak terbatas.


Usop, budak kampung yang tinggal bersama mak ayahnya dan abang kakaknya di Kampung Parit Sonto. Dia ini anak bongsu. Abangnya tidak silap bernama Abang Budin dan kakaknya Kak Kiah. Ha, geng beliau terdiri daripada Abu, Dol, Singh, Ah Seng (yeke?). Ini geng kamcinglah kiranya. Selalunya mereka akan bermain sama-sama. Weh best kot, aku rasa lagi best dari Upin Ipin itu. Itu pendapat sayalah.. Tak kisahlah kartun ini jalan kengkang ke, tapi ia memang menghiburkan untuk ditonton. Abah saya juga menyukainya. Dan saya kira lagi terbaik dari Spongebob Squarepants, walaupun saya tahu Usop tidaklah secomel span kuning itu. Memang saya tabiklah kepada mereka yang menghasilkan produksi ini. Terutama kepada saudara pengarah, Kamn Ismail.


Setiap hari Jumaat semua adik-beradik akan berpusu-pusu di hadapan televisyen pada pukul 7.30 malam di TV1 untuk menonton. Layan. Gelak habis-habisan. Rindu sangat kartun ini.



Episod : Meriam Buluh


Usop Sontorian - Meriam Buluh 1 - The most popular videos are a click away


Episod : Bermain Rakit


Usop Sontorian - Bermain Rakit 1 - More free videos are here


Episod : Merdeka


Usop Sontorian - Merdeka 1 - More bloopers are a click away


Nota kaki: Kalau rasa best selepas tonton dan mahu tengok lagi, bolehlah singgah di Metacafe atau di Youtube. =)

4 comments:

.::annemishi::. said...

hidup usop sontoriaaaan!!!!

Dai said...

ya ya ya sgt suka usop sontorian. dulu adik aku selalu sebut usop sontokyan. hahaha

najwa said...

ad lagu kartun yokies x???
kitorg nk sgt.....
plezz

najwa said...

ktrg pun ske gak kartun dlu2
sailormoon,yokies...hehe
yg buah2 tu fruities la.......
nt klu dpt lagu email ye