Thursday, December 17

Resolusi Hijrah 1431

Resolution dalam istilah Biology ialah the ability to distinguish clearly between two points. Selalunya istilah ini digunakan bersama microscope.

Pos ini tidak ada kena mengena dengan pernyataan di atas. Klise? Biarlah.


Tidak sampai 30 minit lagi umat manusia akan melangkah ke tahun baru Hijrah. 1 Muharram 1431 Hijrah. Jadi saya ingin mengungkitkan beberapa persoalan; Adakah wujud istilah resolusi Hijrah dalam kamus kita? Atau yang tersimpan hanyalah azam tahun baru?


Azam tahun baru dan resolusi Hijrah. Maksudnya macam sama kan? Saya boleh mengatakan yang saya ingin mengumpul lebih banyak komik Doraemon sebagai azam tahun baru, betul? Tidak salah. Saya juga tidak rasa pelik sangat mempunyai azam sedemikian. Namun jika saya menyatakan ingin mengumpul lebih banyak komik Doraemon sebagai resolusi Hijrah saya, betul jugakah? Atau bunyinya macam salah? Tidak salah sekiranya saya menyatakan bahawa anda mempunyai tumor otak sekiranya anda berasa situasi kedua itu tiada kepelikan. Maaf penghidap tumor otak, kata-kata ini hanyalah sebagai satu analogi. Maaf sekali lagi.

Saya rasa kalian boleh menilai sendiri.



langit akhir tahun




Nota kaki : Sesungguhnya Islam itu membimbing ke arah kemajuan di dunia dan akhirat.

2 comments:

hamidi said...

dai, aku tak paham T___T

Dai said...

eh, xpaham? em, cene eh? oh, senang ak ckp mcm ni la kot. masa taon bru xkisah la ang nk pasang azam plik2. tp klu maal hijrah rasa amat plik klu pasang azam plik. eh ang paham x? ka ayat aku memang terlalu tamil?