Tuesday, December 29

Kisah Tuisyen Gembira

Cuti-cuti ni ingatkan dapat rilek dengan masyuk. Tiba-tiba mama cakap “kakak, mama dah buat iklan, cuti ni rumah kita jadi pusat tuisyen!”

Tekalah siapa yang menjadi tenaga pengajarnya.


Lagi teruk bila saya kena ajar Maths. Aduh, sebab budak-budak yang datang majoriti yang mahu ambil kejuruteraan, arkitek dan segala-segala benda yang berkaitan dengan nombor-nombor. Jadi terpaksa rela. Nasib baik cuma taraf PMR, dan sedikit SPM. Hey pelajar-pelajar medic dan yang mengambil Bio, mana anda?


Mula-mula ajar saya silap kira di merata-rata tempat. Budak-budak pandang saya semacam. Mula gelabah tekan-tekan kalkulator dengan harapan nombor yang muncul di skrin sama dengan nombor di muka surat jawapan. Selepas beberapa jam mula steady. Tapi budak-budak masih pandang saya dengan tiada keyakinan. Cis. Salah seorang tanya saya Add Maths SPM dapat berapa. Saya cakap A. Semua menganga, muka kagum. Dalam hati saya gelak sorang-sorang. Kalau tanya SPM memanglah cekang, cuba tanya TRIAL SPM........


Silibus habis dengan pantasnya. Bagus. Jadi mereka minta saya ajar Maths kolej. Saya cakap tak boleh, nanti takut mati otak. Mereka cakap nak jugak, jadi saya ajar mereka Pure Maths 1. Mereka cakap senang, macam SPM. Saya mula angin. Selepas itu saya bagi ujian. Saya cakap itu soalan Pure Maths 1. Mereka buat, habis. Selepas itu semak. Hancur. Mereka gelak-gelak.


“Takpe, kira kita terer la wat Maths kolej”. Saya pandang mereka sambil sengih.

“Akak tipu je. Itu memang soalan SPM. Mana ada soalan Maths kolej senang macam tu”. Semua nganga kembali.


“Akak, ajar balik tajuk Differentiation tu boleh?”...




Nota kaki : Terima kasih kepada Cikgu Rohana, Cikgu Azlina, Cikgu Habibah, Cikgu Normah, Cikgu Mazlan, Cikgu Rizal, Dr Bano dan sekalian cikgu-cikgu Maths saya!!!

8 comments:

rosmanrazif said...

tusyen bdak spm ke...
nak join............

Dai said...

rosman dh terlambat... dh abes dh.. =0

Zazzy said...

lol...
Cekgu Dai yg mempunyai pengalaman mengajar...
Hebat ar...
setakat ni seumur idup ak, ak penah bgi tuition free pown takat spm but one-to-one je...
(adik2 ak la)
hehe
soklan p1...:D
bagus ar bebudak tu nak try...
Ak, hw math pun malas nak wat...

.::annemishi::. said...

perggh.. nih duit maknya keanaknya yg dpat?

canteeeeeeeekkkk btul idea.
haha.

dai, cuba ang bgi soalan calculus.

nganga ka x.

hahaahahah

Dai said...

zazzy - hahai aku kat skolah pon pnah ajar beb. hahaha... ala dorg nk try sbab nk tnjuk terer je, bkn rajin.. ala budak2...

anneh - anaknya le dpt... haha harus simpan untuk blnja msa nk fly nt i'allah.. =) haha xyah calculus, difrentiation ngan integration tu da cukup penin.. haha

USTAZ ZAKI said...

salam

dayah...thanx bg advice kat aku..terharu aku..huhu~

semangat skit bla kwn2 bg nasihat...huhu....

bahagia ja bla msk blog ang...huhu~

halai no aku gna id pak aku

Dai said...

wsalam. eh tidak aku kesah. kerananya aku juga pelajar, jadi masalh kita sama. xpa, suma mesti ada solution. tiada penyakit yg tiada panawar kcuali mati. =) penyakit jugak klu cetu kan? =)

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.