Sunday, December 20

Entah. Bebel Jelah.

Pada malam ini ada sebuah keluarga cina dalam kejiranan saya mengadakan parti besar-besaran. Jadi saya amat stres kerana Chemistry amat memeningkan dan mereka amat bising berkaraoke sehingga ke lewat malam. Uh baiklah, sekali-sekala tidak mengapa kot.


Waktu sekarang kawan-kawan kolej saya amat sibuk memperkatakan tentang tawaran universiti dari United Kingdon yang mereka terima. Jadi soalan yang kerap kali ditanya adalah “Dah dapat offer?” atau “Dapat uni mana?” Ternyata ini menambahkan stres saya kerana saya hanya baru mendapat satu tawaran dari University of Dundee, Scotland dari 5 universiti yang saya pohon. Hatta bermulalah syaitan mencucukkan jarumnya dalam hati saya, menjadikan saya gundah-gulana. Asal borang aku dihantar lambat? Eh, application aku kena block dengan UCAS ke? University ni semua taknak aku ke? Predict grade aku teruk ke? Ramai giler orang lain yang dapat predict grade straight a, aku ni bodoh sangat ke? Personal statement aku tak berkesan ke? Dan lain-lain lagi. Teruklah. Kepada Lancaster dan Warwick, weh kamonlah, predict aku ABB, korang nak BBB, tolong la bagi offer... (Terdesak) =(

Tetapi jika rezeki saya sudah ke Scotland, ah bersyukur saja. Janji dapat terbang.


Dan ketika waktu puncak ini laptop saya mula bermasalah. Dia sakit, dijangkiti virus Hosts-entah-tak-ingat-namanya. Saya kasihankan dia. Sudahlah antivirus tiada. Tamat tempoh. Saya juga turut kering dengan kekeringan bersama duit biasiswa. Jadi saya hanya boleh melihat penderitaan dia. Dan saya juga hanya boleh melihat dompet kosong saya.


Oh, jiran saya nampaknya sudah habis berkaraoke. Jadi saya ingin mengundur diri. Saya perlu menamatkan Chemistry saya.



Nota kaki : Oh ada orang bertanya, mengapa nota kaki? Saya cakap itu dari 'footnote'. Yang pastinya bukan kerana saya kaki nota. XD

6 comments:

syafiq yazid said...

x yah r bimbang pasal offer tu...

memg waktu cuti ni x ramai pun y dpt lg. tgu smpi bulan 2-3 tu utk course2 mcm ko ni memg sure dah dpt 5 5 offer

watip said...

wahh good luck!

Dai said...

syafiq. oh yeke? oh igt skang dh patut dpt suma offer..

watip. wowo thanx! =)

izzatun nadiah said...

haha..jgn lupa datang canada..aku tggu ni..

$afuan said...

huuu, besnyer, sumer nk ready fly. kiter kontangkanting, x tao lagik, huuhhuh (T_T)

Dai said...

izzatun - i'allah. ak msti pi! =)

duet2 - i'allah. berusaha safuan!jgn kanting2 ok?