Friday, December 18

Cerita-cerita P. Ramlee

Hari ini saya mahu bercerita mengenai ‘cerita-cerita P. Ramlee’.

Cerita P. Ramlee tu cerita apa? Oh, ia merupakan satu filem tentang biografi Tan Sri P. Ramlee dalam kerja-kerja pembikinan filem beliau. Filem 1 jam 45 minit yang menceritakan suka duka hidupnya sebagai seorang anak seni.

Taklah. Saya tipu saja.


Cerita P. Ramlee ialah satu ungkapan untuk merujuk kepada karya-karya allahyarham (eh ceni ke eja) Tan Sri P. Ramlee. Selalunya filemlah, panggil pun ‘Cerita P.Ramlee’. Kalau lagu-lagu tak kena pula. Kalau tanya budak zaman sekarang mungkin mereka tidak tahu kot (kot ni motif apa di sini?).

Semasa kanak-kanak dulu abah sekerapnya akan membawa pulang tape cerita-cerita P. Ramlee yang disewa dari kedai Cina di Pekan Permatang Pauh. Selalunya tempohnya hanya 2 minggu untuk satu-satu cerita, jadi kami yang amat menghargai masa ketika itu akan berusaha bersungguh-sungguh menonton sekerap yang mungkin.


Kegemaran peribadi saya ialah ‘3 Abdul’. Saya rasa cerita ini amat kreatif. Selain itu filem-filem lain juga menjadi kegilaan, sehingga terhafal dialog-dialog yangada di dalam filem.

3 Abdul – “Licin. Macam kepala bapak mertua aku jugak”.

Ibu mertuaku – “Allah Kassim, maafkan mak kassim”

Pendekar Bujang Lapok – “Ani, angkat kain, hujan. Jemuran dah turunnnnn”.

Filem-filem allahyarham sememangnya mempunyai keunikan tersendiri, tidak seperti filem-filem moden. Selalunya filem beliau tiada mempunyai unsur-unsur jalan cerita yang diciplak dari filem lain. Dan mereka tidaklah mempunyai skrip ‘original’; P. Ramlee mengarahkan filem dengan cara begitu sahaja. Maka lahirlah dialog-dialog spontan yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga.

Filem Nujum Pak Belalang – babak mengira wang oleh kedua-dua penyamun, Badan dan Nyawa. Sesungguhnya pengiraan ini adalah spontan semata-mata, tiada dalam dialog. Mengagumkan. =)




Nota kaki : Filem Afdlin Shauki juga amat best. Sudah menonton Sumolah dan Los & Faun. Original dan menghiburkan. Sedang mencari peluang menonton Papadom. =)

2 comments:

.::annemishi::. said...

ang dh tgok lum link yg aku promote kt fb smlm?

org puteh tuh nyanyi byak lagu2 p ramlee.. kagum aku.
sedap wooh~~~

teruja kejap..

filem afdlin yg bru. my spy bleh la than. ok laaa...

Dai said...

oh yg tu aku da tgk lama dh... ye2, amat teruja... dengan slangnya... haha...

myspy best? oh,bagus2. aku blom dpt tgk papadom agi... T_T