Saturday, November 14

Bila nak kahwin?

Cis sekarang aku rasa amat tidak seronok mendengar soalan begini. Weh, tahulah aku umur sudah hampir 20 tahun tapi perlukah soalan sebegini? Mula-mula cakap aku macam budak-budak 14 tahun dan selepas tahu aku tua 6 tahun dari umur tersebut terus bagi cadangan calon-calon. Maaf, saya tidak menguruskan bahagian pencalonan Anugerah Juara Lagu.


Sebab kalian asyik bertanya soalan bagini mamaku turut fobia tahu. Fobialah, apabila orang asyik tanya aku sudah ada belum, dan bila dijawab belum banyak sahaja ‘tuduhan’ dan ‘ugutan’ yang aku rasa geli hati mendengar. Hey. Takkanlah mat saleh British itu mahu sangat dengan aku. Dan aku juga tidak mungkin lari dari kontrak 8 tahun aku itu, jadi tiada rancangan untuk kahwin lari di Eropah.


Tambah fobia apabila adik-adikku yang masih bersekolah itu pasangannya bertukar-tukar macam tukar tayar basikal. Cis. Sekarang mama sudah bilang mereka-mereka itu akan langkah bendul, hatta umur baru 14 tahun sudah pandai mengorat anak dara orang. Sudah pandai bilang-bilang sayang. Aku dengar itu sahaja sudah pelik, jadi aku ini dianggap kurang normal.


Jadi mama dalam pengucapannya meminta aku mencari seseorang sebelum aku terbang. Permintaan yang kukira amat berat. Lebih berat dari cari ilmu. Cis. Malaslah. Mana nak dapat? Bukannya boleh beli di kedai.


Wahai orang-orang sekalian, sila hentikan urusan kahwin-kahwin ini!


Bukan menentang, tetapi, adoi, awal sangat kan untuk semua ini? Cis, jodoh ditentukan tuhan bukan?

6 comments:

.::annemishi::. said...

adik2 ku pun sama daa.. T.T pdahal kakak pya lah suci bersih. haha.

bgi ku la kan. jodoh mmg la kt tgn tuhan. tpi kna usaha gak kot..

bru dpat.
kan?

weh, awai gila mak ang pikiaq psal kawen.

Dai said...

haha ntah ar wey... kdg2 aku rasa btol gak. kita yg xprasan umur dh nk dekat 20. haha

mud said...

hang tak tau zol duk tunggu hang dai oi

.::annemishi::. said...

aku sdaq aku nk msuk 20 lpas shake teguq aku.. wohoo~
dia kata.. kita dah nk masuk 20..
mmg kna pikiaq psal bnda2 nih pon.

zaaaapp~~~ tersentap aku.

haha..

taleyblah la ang mud..

Dai said...

wei mud ang jgn satgi awek zol kat jepung nun tiba2 zol ajaq dia ckp kedah mai baca komen ang kat sini mampus aku wey. XD

Dai said...

anneh, cegu aku la ni tidak kira dlm kelas english mahupun islamic studies slalu ja tackle menda nih. dulu kita belajaq lagu mana nk jd anak yg solehah kan? la ni belajaq macam mana nk jd ibu bapa yg baik. haa isteri solehah skalik. kampei.... =)