Saturday, October 31

Repekan Malam Sabtu

Sejak kebelakangan ini blogku sudah ketinggalan zaman. Langsung tidak di’update’. Sebab mungkin aku sendiri sudah sedikit tawar hati, atas alasan peperiksaal A-Level yang sedang berlangsung sekarang dan kelembapan jalur lebar internet kolejku ini. Bukanlah mengeluh tidak mensyukuri nikmat yang ada sekarang, sekadar mengharap yang lebih baik. Tambahan pula Facebook dan You Tube sudah ditampan dek gara-gara seorang pelajar yang ponteng kelas Pn Halijah menulis komen di dalam Facebooknya yang beliau memonteng kelas Pn Halijah untuk bukak Facebook. Eh, ayat tamil. Pn Halijah yang membuka Facebooknya ternampak komen itu lalu mengamuklah beliau di dalam kelas Pengajian Malaysia saya. Tercengang kami melihat Pn Halijah marah-marah.


Tadi aku lari dari Marathon. Eh, ayat tamil lagi. Maksudnya aku tak pergi marathonlah. Kasihan juga dengan rakan-rakanku yang bertungkus lumus lari tadi. Namun rasa menyesal ada la 36.11 peratus je kot. Rimas juga bila dituduh ‘apa laa ko ni Dai..’ namun aku ada cerita (bajet). Kakiku yang tercedera semasa Tournament Taekwondo peringkat negeri dahulu menghalang aku dari berlari atau berjalan jauh lagi. Khabarnya doktor ligamen terkoyak (lebih kuranglah, tak ingat). Aku malu bercerita, sebab aku terasa macam aku cacat. Sudahlah aku rabun, teeth deformities,migrain, low haemoglobin concentration dan inhibited growth menambah rasa maluku. Aku terasa diriku amatlah tak berdaya. Jadi aku benci bercerita. Dan aku benci berasa cemburu melihat orang lain berlari dengan riangnya. Terpaksa juga aku mengecewakan harapan rakan chaletku yang meminta aku menjaga checkpoint. Penyertaan aku yang terakhir kukira zaman sekolah dahulu, marathon peringkat negeri sejauh 9 kilometer. Sekarang aku mandom. Sudah, hentikan pertanyaan ‘kenapa kau tak pergi marathon?’ itu lagi! Aku benci menjawabnya!!!


Paper A-level aku selepas ini ialah Chemistry Paper 2 dan Statistics 1. Pada hari yang sama. Sudah... Hari sebelumya kelas penuh. Ingat mahu ponteng sehari, tertekan. Namun hatiku berkata, jangan, keberkatan cikgu itu penting. Mahu meminta izin sudah pasti tertolak. Bayangkanlah muka Dr Bano, Mrs Foord dan Mr Boler yang mendengar aku mahu escape dari kelas mereka. Seram. Mahu minta MC dan buat muka menderita sakit migrain dengan matron juga tak bernas. Menipu pula. Baik, hadapi muka seram, minta escape. Kalau kena pergi, buat-buat muka terseksa dalam kelas. Mana tahu, ada rezeki...


Selepas ini mungkin penulisanku terbantut. Mahu exam. Jadi perkara tidak penting haruslah ditolak sebentar. Sudah diamanahkan rakyat. Layan buku sajalah. Berharap kejayaan semasa semester lepas dapat diulangi, malah lebih baik. Sesungguhnya amatlah puas dan bersyukur jika berjaya mengalahkan orang itu. Tetapi kasihan juga beliau. Selalu merasa rendah diri. Pasti merasa beban yang digalasnya amat berat atas kejayaannya. Terasa mahu memujuknya, menenangkannya supaya maju ke hadapan! Tapi apakah? Tiada kaitan. Kadang-kadang rasa sedih bila fikirkan beliau. Apakah? Tiada kaitan lagi.


Tamat repekan malam Sabtu.

1 comment:

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

takpe dai.. kite semua tengah berjuang ni. wuwuwuuu