Saturday, October 3

Automatic Response

Semasa saya kecil dahulu, saya suka tanya abah saya macam-macam soalan. Soalan yang paling saya ingat, “Abah, awat bila kita makan nasik, yg keluaq nanti bukan nasik jugak tapi **** ?” (ditapis oleh Lembaga Penapisan) Selepas itu abah saya jawab, “Sebab dalam badan kita ada kilang.” Ketika itu saya berumur 5 tahun. Jadi dengan penuh rasa inkuiri saya memikirkan jawapan abah saya. Dari satu ayat lama-kelamaan menjadi sebuah imaginasi yang telah terekzegeret sehingga tahap gaban. Saya membayangkan ‘kilang perut’ ialah seperti kilang yang dilihat di dalam televisyen; Ada mesin besar berwarna merah, bunyi bising, suasana kerja yang agak gelap dan asap keluar berkepul-kepul. Jadi saya membuat kesimpulan sendiri yang suasana gelap itu menyebabkan **** juga berwarna sebegitu dan asap itu yang menghasilkan kentut manusia.


Apabila saya masuk darjah 5, saya baca buku Sains sepupu saya yang berada di tingkatan 2. Saya jadi marah dengan abah saya apabila saya dapat tahu saya telah tertipu selama 6 tahun, dan kerana tidak menerangkan perkara yang betul. Selepas itu saya gelak kuat-kuat, sebab saya pernah beritahu teori saya kepada seorang kawan saya ketika berada dalam darjah 2. Mungkin dia juga marah kepada saya.


Hari itu adik saya berumur 7 tahun tanya, kenapa bila kaki kita tersepak pintu, mulut juga akan menjerit “sakit!” padahal kaki sahaja sakit? Saya tengok muka dia, teringat abah saya pernah beritahu saya dulu. Dalam kepala saya ada beberapa jawapan, salah satunya, sebab kaki tak ada mulut nak jerit.


“Sebab, bila kaki kena pintu, ada benda dalam kaki kita yang hantaq signal dari kaki naik sampai otak. Lepaih tu otak habaq kat mulut suruh jerit. Dan otak habag kat kaki jugak yang kaki tu sakit. Dia macam automatic respon la.” Adik saya tenung muka saya. Selepas itu dia terus lari keluar bermain dengan kawan-kawannya.


Beberapa hari lepas mama saya telefon. Dia beritahu saya “Adik hang haritu kat sekolah, masa kelas PJ, dia terbaling gelung rotan terkena kawan dia. Kawan dia nangis, bila cikgu tanya dia jawab; Mintak maaf cekgu saya tak sengaja. Otak saya cakap kat tangan saya suruh lepas gelung tu. Yang tu otomatik respon la cikgu.”


Saya gelak.

4 comments:

muFFin said...

hahaha... lawak ah..

suka hati je adik ko cakap tu automatik respon.. =]

Dai said...

yg ak xsgka nya tu dia igt n p jwab kat cegu dia cetu... haha... dasar adik cegu bio=)

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

hahahaa. ko ni jangan ajar adik ko bukan2. salah gune nanti. hek3

Dai said...

aha... betul la mende ak ajar tu dok? ~~~ =)