Thursday, September 10

University List - Bila Tengok Jadi Pening

Entry ini ditulis ketika mahu muntah dan sakit perut tengok Pure Maths 3. Tak tipu.


Senarai universiti untuk pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia baru diterbitkan minggu lepas. Apabila melihat list itu saya berasa sedikit down. List untuk Biology yang seharusnya mengandungi 25 pilihan universiti telah dikurangkan, sekarang hanya tinggal 18. Tetapi fahamlah, ada di antara universiti tersebut yang tidak menawarkan course yang berkod C100; Biology atau Biological Science (Baik, University College London yang berkod C900 itu lain cerita). Contohnya Cambridge, Manchester dan East-Aglia. Namun alhamdulillah, universiti pilihan saya iaitu Imperial, Warwick, Leicester dan Lancaster tidak terkeluar dari senarai. Cuma satu lagi universiti yang tinggal untuk dipilih, untuk cukup 5 pilihan. Agak susah untuk memilih universiti yang sesuai, kerana setiap universiti mempunyai pro dan kontra.


Jadi yang tinggal hanyalah universiti di bawah :

1. University of Oxford – sudah tutup tarikh.

2. Imperial College London

3. The University of York

4. The University of Sheffield

5. University of Bristol

6. University of St Andrews – Scotland, mahal okay.

7. University College London – 3.5 subjek. Saya Cuma ambil 3 subjek.

8. University of Leicester

9. University of Bath

10. Durham University

11. Lancaster University

12. University of Sussex

13. University of Dundee – Scotland lagi.

14. University of Warwick

15. University of Nottingham

16. The University of Birmingham

17. Cardiff University – Mahu interview. Cis. Nombor 17 mahu interview juga.

18. Newcastle University

Biar betul mahu ke Imperial? Universiti hebat dunia dalam subjek Sains. Agak takut, risau diri tidak dapat bertahan di sana. Entry Requirement agak tinggi, AAB dalam Biology, Chemistry dan Mathematics. Aduh. Minta IELTS band 7.0 lagi dalam semua component. Sudah. Entahlah. Selepas raya sudah mahu conformation universiti mana.


Sekarang saat genting, mahu menduduki AS Level. Cuak, sebab subjek kali ini ialah Chemistry dan Mathematics – killer subjects. Jadi sekarang berasa sedikit tertekan dengan peperiksaan, borang universiti, personal statement dan kerja-kerja yang bertimbun. Jadi saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja, termasuk rakan-rakan sekolej saya sekarang yang pernah, sedang atau akan ‘bengkek’ (naik darah) dengan saya kerana sikap saya atau apa-apa sahaja yang mengguris hati. Tidak kiralah saya yang salah atau anda yang salah, saya mohon ampun dan maaf dengan setulus hati. Tidak perlu tunggu Hari Raya. Jika anda memaafkan saya, alhamdulillah. Semoga ikatan ukhuwah kita berpanjangan. Jika tidak, saya mahu kata apa. Urusan saya dengan anda sudah selesai saya kira. Jika anda masih tidak berpuas hati, bolehlah merujuk kepada ‘Tuan’ saya. Terima kasih.

Semoga anda semua diberkati!



Nota kaki : Ya, ya, saya tahu fungsi nota kaki ini bukan untuk buat P/s. Biarlah.

Jika anda mahukan sesuatu, anda bolehlah berusaha dari sekarang, terutamanya pada waktu ini kerana sekarang ialah masa 10 hari terakhir Ramadhan. Jika kena amalan anda pada malam Lailatul Qadar, insya-allah permintaan anda akan dimakbulkan Allah. Selamat beramal!

No comments: