Saturday, September 5

PETUA NENEK KEBAYAN TURUN-TEMURUN UNTUK MENGHILANGKAN CELA DI MUKA

BEDAK SEJUK

Berfungsi melicinkan dan memutih-lepakkan kulit muka. Bagi yang tidak tahu, bentuknya bulat-bulat kecil comel dan keras, tidak seperti bedak tipikal di supermarket. Ambil 4-5 bijik bedak sejuk (kuantiti bergantung kepada surface area muka anda) titikkan dengan air dan larutkan sehingga semuanya dissolve. Selepas itu tempek-tempekkan di muka anda. Hanya sesuai dipakai pada waktu malam, kerana jika dilihat memakai pada waktu siang akan digelak orang. Dan pada waktu malam pemakai selalu disalah anggap sebagai hantu kerana muka menjadi putih yang amat. Jika tidur buas akan menyebabkan bedak sejuk ter’ghelaih’ di merata-rata tempat termasuk bantal dan teddy bear anda.

Status – Gagal entah kenapa.


KULIT KAYU MANIS

Berfungsi membuang jerawat sekali dengan parut-parutnya sekali. Kayu manis lembab digonyoh-gonyohkan pada permukaan yang kasar seperti lesung batu atau apa-apa sahaja kecuali dinding. Kalau mahu mati dengan ibu anda buatlah. Letak pada tempat yang di’spot’. Muka akan berasa pedih macam gila.

Status – Mula-mula berjaya, tetapi lama-kelamaan muka saya menjadi seperti terbakar. Jadi gagal.


BEDAK SEJUK + AIR LIMAU NIPIS

Kaedah sama seperti bedak sejuk di atas, cuma air digantikan dengan perahan limau nipis. Letak dimuka, selepas kering bilas dengan air suam. Pedih juga. Tetapi ianya tidak boleh dilakukan setiap hari, hanya 3 hari seminggu.

Status – Gagal. Entah, jerawat naik balik.


UBAT CAP KUDA PUTIH

Krim yang dibeli di kedai ubatan tridisional. Kata penjual itu, mula-mula pakai jerawat akan tumbuh dengan banyaknya, namun selepas itu tiada apa lagi akan naik di muka.

Status – Tipulah. Sampai sekarang ada. Lagi banyak adalah.


KULIT PISANG

Pisang mana-mana pun boleh. Letaklah di muka untuk satu malam.

Status – Tidak berkesan langsung. Amat gagal.


OXY

Boleh dibeli di farmasi. Tergolong dalam petua nenek kebayan kerana kaedah ini dicadangkan oleh nenek saya. Tetapi nenek saya bukan nenek kebayan, faham? Murah sahaja. Senang guna. Ada Oxy 10 atau 5. Pilihlah yang mana berkenan.

Status – Jerawat saya amat tegar. Gagal.


AIR BERAS

Air basuhan beras dibasuhkan ke muka. Tetapi hanya boleh ambil air basuhan kedua sahaja. Jika ambil yang pertama memang lebih ‘power’ namun muka anda akan gatal-gatal selepas itu.

Status – Gagal kerana hanya boleh dilakukan di rumah. Di sini saya tidak masak nasi.


UBI KENTANG

Bukan ubee Topaz. Kentang mentah dipotong nipis-nipis dan dilekapkan pada muka. Seeloknya sebelum letak pada muka letak dahulu di dalam peti sejuk. Selepas itu baru letak pada muka. Sejuuuukkkkkk.

Status – Abah saya cakap saya macam hantu buat begitu. Berasa down lalu berhenti. Gagal.


AIR MERENDAM CONTACT LENS

Ini rekaan sendiri. Dari mana saya dapat idea saya juga tidak pasti. Lumurkan air itu di muka.

Status – Sila jangan tiru. Muka saya naik jerawat batu dengan begitu dasyat.


MINYAK GAMAT

Rekaan sendiri juga. Sapu minyak gamat pada parut jerawat.

Status – Pending. Masih menunngu hasil.




Kesimpulan – Lama-lama malas nak layan. Biarlah jerawat itu. Down. Jerawat terlalu tegar.

13 comments:

muFFin said...

bape banyak care ko gune ni dai.. haha

aku pakai colgate... calit sikit kt ats jerawat. kalau letak banyak, kulit tlebih kering rse pedih pulak nanti

em, cube ko wapkan muke ko 10 minit.. biar keluar segala kotoran di muka. aku rasa, cara ni jadi...

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

hey dai, jumpe je doktor pakar kulit kat spital. ni lg bekesan kot. aku slalu je wat. ok je.

btw ko ade ke bedak sejuk tu? nak2!

Dai said...

muffin - oh2.. wap tu pnah try... colgate? okeh!

ada - haha nak pegi tp poket kring ooii~... ko nak bdak sjuk dtg ar blik ak...

.::sharfique::. said...

hahaha..
sama laa aku pon..
semua petua hang tu aku dah penah cuba dulu, tapi semuanya HAMPEH. Hahaha
Tok aku kata guna yang ni, aku pun buat.
mak aku cakap pakai yang tu, aku pun cuba, tapi lg rosak muka aku..
Tapi kan, masa form 5 muka aku dah ok sebab jumpa specialist (flawless for a few months). tapi mahai nak mampuih.. rabak parents aku.
lepas aku stop, dia naik balik.
last2 malas laa nak layan
biar laa, esok dia dah x larat tumboh, dia berenti kot..
fed up aku..
dah ptus asa laa.. Hahaha...

Dai said...

sama la ak syapik ooiii... x larat dah la nk bg ilang menda nih.. ala problem ngan mak ak laa... dia slalu suruh ak tempek mcm2 sbab dia kata ak ni xdak org nak sbab muka ak buruk sgt pnuh jerawat... hahaha~ dia risau gla ak xkahwin nt. tmbah2 adik ak dah da mkwe plak... siap tiap kali dia tnya ak dah da pkwe blom... haha~

mud said...

nasik sudah menjadi bubur

.::annemishi::. said...

hahahaha.. saket perut gelak aku bca nih haa~~

aku pun dh mlas nk pkai apa.. just cuci muka ja... jerawat aku pun dh jrg2 nek.. haha.. parut ada laa..

maryani suggest pkai Dalacin-T bleh dpat kt mna2 farmasi.. agak berkesan gak aar.. :)

wallemo said...

dai~
ak klu balik rumah slalu sapu ngan cold mashed cucumber.. ni petua ak sendri.. ak wat kasi fresh kulit muka.. tp xtau berkesan ke x utk jerawat..

best tips ak rasa ko rajin2 basuh muka, mandi etc. senang kata, jaga kebersihan la.. jerawat nih kan naik cuz ko punya liang roma obstructed dgn minyak.. ko lg terror bio, ko lg tau..

Dai said...

mud. bubur lambuk gila sedap. lala~

anneh. hm. ak brenti pon mcm tak wat pa2 pon. nak byk mcm tu laa... Dalacin-T? hm... tgk la ak try cri =)

wallemo. agaknya minyak byk sgt. harga minyak naik, harga ak x naik2 gak... walopun mukaku byk minyak hahaha~

ZaZzY said...

Woah...
Byk nye petua....
erm...
ak pown nak tambah petua gak...
Pakai bedak sejuk pastu trus basuh muka ngan pencuci muka Clean n Clear (yg warna ijau tuh)...
itu yg slalu ak wat la bile ader jerawat.

Btw, kena minum byk air sikit... berkurangan la sisa toksik dlm badan...
(ntahla... mcm ajaran sesat je)

Anonymous said...

Jaga pemakanan & banyak minum air masak...

Rasidda Norazmi said...
This comment has been removed by the author.
Rasidda Norazmi said...

Assalam dear .Hahaha . Tak apa , biasalah tu lambat sikit nak menyembuhkan parut jerawat dan jerawat degil tu . Kalau sesiapa ada masalah macam cik tuan blog ini , jangan segan segan untuk whatsapp saya (+60107096284 Aini) untuk maklumat lanjut tentang cara hilangkan parut dan jerawat anda .Dont give up !:D