Monday, September 14

Memburu Baju Raya

Sabtu lepas saya baru pulang dari kolej. Oleh kerana saya masih belum membali baju raya dan mengenangkan baju yang hanya dua helai dibawa pulang, arakian keesokannya saya memulakan proses memburu baju raya. Penasihat; Mama dan Awie.


Niat mahu memakai baju kebaya tahun ini. Atau baju kurung moden. Atau apa-apalah yang lawa. Maka abah saya selaku pemandu professional membawa kami pusing-pusing Penang bagi mencari baju.


Saya teliti satu persatu. Majoriti kainnya ialah kain jarang. Huh. Apakah? Kain langsir rumah saya lebih tebal dan tertutup. Takkanlah saya selaku tuan rumah mahu memakai baju yang kainnya lebih jarang dari langsir? Sudah jarang, mahal pula. Maka mula mencari baju yang tidak berkain jarang. Terbelah atau terlalu ketat pula. Coraknya pada mata saya pula tidak menarik perhatian saya. Huh. Ini UK atau Malaysia? Rasa seperti mahu beraya pakai seluar jeans dan t-shirt sudah...


Setelah beberapa perhentian masih belum membeli apa-apa, abah mula berasa cemus (cemuih). Jadi beliau mengajak kami balik. Habis. Tiada baju.


Esok mama bawa saya ke Bukit Mertajam. Dapat baju kurung cantik dengan harga RM 55. Gembira. =)

2 comments:

hamidi said...

walawey aku takbeli baju raya pun taun ni.
sob2~
ha bm! summit la tu. haha. ok fine alkaria.
eh kamdar. haha. weyyyy aku akan tinggalkan bumi penang yg best ini tak lama lgi. sob2~

Dai said...

hah! salah! 3 3 x pi. hahaha~ pegi yg tepi2 jln tu je... agi murah =)

weyh jeles laa... da nak fly... huh! aku nih tataw agi... weyh bli laa baju raya... bleh guna 3 taon kat sana... hihi~