Friday, September 4

Entry ketika tiada idea

Cikgu Bahasa Melayu saya ajar dulu, cara mahu sebut perkataan di atas dengan baku ialah "i-di-ya".

Ketika entry ini ditulis, saya sedang berasa amat lapar. Standard lah, semalam berbuka makan ikan. Pagi tadi malas bangun sahur sebab baru sahaja lelap pukul 4.00 pagi, menggila Statistics. Telefon bimbit berbunyi pukul 4.45 pagi. Mengantuk. Tarik selimut tidur. Bagus. Sekarang berat badan saya yang 45 kg itu sudah tinggal 42-43 kg sahaja.

Semalam mama telefon. Beliau marah-marah; ada orang di rumah bergayut telefon sehingga bil mencecah RM 90. Saya sudah tahu siapa, namun malas mahu komen apa-apa. Saya cuma suruh mama tanya adik-adik, Pattam dan Awee. Bila remaja lelaki sudah ada hormon ‘menggatalnya’, jadi beginilah. Telefon makwe tidak ingat dunia. Apabila bil naik, saya akan kena dulu.

Sebenarnya tiada topik mahu ditulis. Entry ini sekadar mengisi masa lapang. Blog lama tidak diupdate. Sekarang musim peperiksaan, jadi jika meng’update’ blog sekarang macam tidak sesuai. Cuma tadi baru habis Mathematics, lega sedikit. Walaupun kertas Pure Maths membuat saya sakit kepala. Namun tidak boleh tensi sangat, takut nanti penyakit biasa menyerang.

Baik. Ini selingan semata-mata. Ada sesiapa yang tahu tafsir mimpi? Saya sudah bermimpi seseorang selama setahun lebih, dan hampir setiap hari juga. Dulu saya ingat ini cuma angkara syaitan, namun apabila perkara sama berulang dengan lebih kerap ketika bulan Ramadhan ini, saya sudah mula cuak. Ada sesiapa?

9 comments:

zol dabat said...

sapa yg hg dok mimpi tu??
habaq r
baru aku bleh tafsir
hahaha

Dai said...

mimpi ang la zol..
hahaha
sumpahan mlm2...

zol dabat said...

.........

zol dabat said...

.........

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

bulan ramadhan pon xsume syaitan kene ikat. mimpi tu mainan syaitan dai. rilek2. kalau jodoh xkemane =)

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

bulan ramadhan pon xsume syaitan kene ikat. mimpi tu mainan syaitan dai. rilek2. kalau jodoh xkemane =)

Dai said...

weyh zol jgn la down... melawak ja weyh~ =)

Dai said...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu SEMUA syaitan. "

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0933.



Puas?

Anonymous said...

Bagmavaaffina
ybgf