Saturday, August 22

Ramadhan, Mercun, Meriam dan...

Imej dari http://www.jucoolimages.com/ramadan.php Tiada masa mahu buat poster sendiri. Mahu periksalah.




Tiba sudah Ramadhan yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah, saya masih diberikan peluang merasai nikmat Ramadhan al-Mubarak dan memperbetul kesilapan diri saya.


Apabila masuk bulan Ramadhan pasti teringat keluarga di kampung. Klisekah? Iyalah, mestilah teringat. Kalau tidak lupa daratan namanya. Dan juga teringat suasana Ramadhan ketika di kampung. Terutama pada masa kanak-kanak dahulu. Kebanyakan pengalaman ini tidak dirasai kawan-kawan saya yang lain. Saya sudah banci, saya tahulah.


Ada yang anggap budak-budak kampung seperti kami pasti selalunya berada di surau untuk solat tarawikh pada waktu malam. Salah. Kami berada di seluruh pelusuk kampung, sedang bermain permainan ‘sorok-sorok’. Pemikiran budak-budak seperti kami pada ketika itu ialah, “syaitan kena tambat masa bulan Ramadhan, hantu pon takdak.” Jadi semuanya menjadi berani menyorok di tempat-tempat ‘larangan’. Selalunya permainan akan berlarutan sehingga jam 10 malam, memandangkan jumlah kami yang ramai dan tempat persembunyian yang amat sulit untuk ditemui. Selain itu, masing-masing mempunyai strategi tersendiri seperti

Memakai baju warna gelap

Bergerak secara solo dan

Mencari kawasan baru dan belum ditemui.

Namun bagi kanak-kanak kecil dalam lingkungan 8 sehingga 10 tahun seperti saya, tempat-tempat larangan masih menakutkan. Jadi saya bawa ayam peliharaan saya, Jesse untuk meneman.


Selepas bermain, kami akan berkumpul di satu kawasan lapang di belakang rumah saya. Pada waktu itu barulah kami akan bermain mercun dan bunga api. Diingatkan, budak-budak kampung ini amat kreatif. Ada mercun atau meriam yang dibuat sendiri sahaja. Sebagai contoh, meriam tin. Ianya agak mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah tin susu tepung adik anda, karbaid, sedikit air dan kayu panjang. Tin itu perlu ditebuk satu lubang kecil di bahagian bawahnya, menembuskan paku besar melaluinya sudah cukup. Karbaid diletak di atas tanah dan disiram sedikit air, dan ditutup dengan tin tersebut. Kayu panjang dinyalakan dan dihalakan betul-betul di atas lubang tin tersebut. Kemudian larilah, kerana sebentar lagi tin itu akan meletup dan melambung ke atas. Selalunya kami akan membentuk kumpulan dan berlawan siapakah yang dapat melambungkan tin mereka paling tinggi di udara. Apabila berlawan begini pasti ada lebih banyak pemodofikasian dilakukan terhadap meriam tin tersebut. Ini termasuklah

Menggunakan tin susu jenama Fernleaf yang dipercayai lebih kukuh dan dapat menahan tekanan tinggi,

Mencampurkan air dengan sedikit perahan asam limau yang dicolek dari dapur kerana dipercayai asid memberikan lebih efek, dan

Membaca al-Fatihah bersama ayat Qursi sebelum mencucuh meriam tersebut.

Sila jangan tiru aksi di atas ya. (Sirius jangan tiru, jika tin melambung terkena muka sakit tahu).


Meriam buluh? Tak mahu cerita. Bosanlah semua orang asyik cerita meriam buluh.


Selepas itu bintang terbang. Senang, guna surat khabar sahaja. Tetapi sekarang susah cari surat khabar yang sesuai, semua surat khabar sudah jadi mini. Kertas lagi lama lagi bagus. Empat penjuru dilipat masuk dan membentuk seperti belon. Perlu tahu cara melipat, jika tidak, tidak menjadi. Bahagian yang terlipat diterbalikkan, jadi jika dilihat dari pandangan sisi akan nampak seolah-olah kembung. Ia dipanggil bintang dan bukan belon, kerana bentuknya segi empat. Kemudian setiap hujungnya harus dibakar sekaligus. Selepas itu kami akan menjerit ramai-ramai “NAIK!! NAIK!!”. Selepas itu ia akan naik ke udara. Kanak-kanak kecil (lebih kecil dari saya) akan mengejar-ngejar ‘bintang’ itu sehingga ianya habis dibakar. Tidak perlu risau ia jatuh ke atas bumbung rumah orang, kerana kampung saya banyak pokok; benda itu selalunya akan tersangkut di pokok mempelam Cik Nab.


Satu kejadian di malam Ramadhan. Ketika itu kami sedang melempar mercun merata-rata. Seseorang melempar mercun mancis atau gurih api di tengah-tengah kalangan kami. Bertebaranlah semua ke tepi. Namun seorang kanak-kanak kecil 3 tahun yang tidak mengerti apa-apa berasa hairan kenapa kami ke tepi, dan dia pergi ke situ dan mencangkung, memerhatikan mercun itu. Kami memanggil namanya, namun dia tidak berganjak. 2 saat selepas itu mercun itu meletup. Jangan risau, kanak-kanak itu selamat. Mercun mancis sajalah. Tetapi peristiwa itu memang menggeletek. Kanak-kanak itu sekarang sudah berusia 13 tahun.


Kalau main mercun naga, kami akan melastik mercun itu naik selepas membakarnya. Hasilnya jadilah Stadium Merdeka Mini di situ, dengan bunga api yang cantik dan berwarna-warni di udara.


Namun semua itu sudah hilang. Saya rindu waktu-waktu itu. Tidak tahulah. Mungkin saya akan mengajar anak saya bermain benda-benda sebegini? Wallahualam.


Selamat berpuasa! (maksud yang mendalam)

4 comments:

.::annemishi::. said...

aku penah men mercun "jin x jadi" guna mercun bola.. bukak mercun tuh.. ltak atas paper... bakaq.. then.. bila smpi karbaid kt tgh tuh.. dia jdi cm asap jin yg kluar dri lampu aladdin tuh.. tpi xdak jin laa.. :p

rosmanrazif said...

wah kreatif gile

Zawani Ibrahim said...

kak dayah, selamat puasa. :)
jom fly.

Dai said...

annemishi, macam menarik...kita selaku student yg ada amek chem nih buleyh la wat bisness pas ni. inovation mercun sniri.. baik punya!

rosman, kami memg kreatif. hehe.jom blik kg!

tq zawani, insyaallah kita fly bersama (xsama timing fly pun xpa lah, jnji masing2 fly =)