Wednesday, August 19

Perihal Keluarga Peliharaan



Kalau hal ini, senior di Kolej Yayasan UEM yang paling gembira. Sebab? Mereka boleh bermain teka-teki. Dan boleh menyamar sebagai orang lain. Dan boleh bergembira apabila mereka tidak dapat dicari. Lagaknya seperti bermain permainan ‘Werewolf’ atau nama glamornya di Biro Tatanegara, Siapa Bunuh Altantuya. Nama ini signifikan, kerana tempat kem itu betul-betul terletak hanya beberapa ratus meter dari tempat Altantuya dibom. Maklumat lanjut sila arkibkan di Yahoo.

Baik. Berbalik kepada keluarga peliharaan. Sistem ini diwujudkan supaya junior-junior dapat merasa kasih sayang setimpal dari para senior tanpa mengira ‘hot’ atau populariti. Jadi sistem ini tidaklah berunsurkan lagha yang melampau-lampau, atas dasar untuk mengeratkan silaturahim dan saling mengenali antara satu sama lain. Satu keluarga peliharaan mengandungi beberapa orang senior dan junior. Dalam kes saya, 2 senior lelaki, 2 senior perempuan, 1 junior lelaki dan 1 junior perempuan. Sebelum para junior ini mengetahui siapakah abang dan kakak peliharaan mereka, mereka perlu mencari senior-senior ini terlebih dahulu, dengan cara berutusan surat dengan mereka bagi bertanyakan klu. Masa diberi juga agak terhad, memandangakan junior-junior harus membongkar persoalan di sebalik surat misteri yang dihantar kepada mereka sebelum setiap rumah mengadakan ‘Welcoming Party’ masing-masing. Jadi senior perlulah pandai berpura-pura agar masing-masing tidak kantoi. Jika terkantoi, hatta akan terlepaslah peluang mengenakan junior-junior ini pada malam keramaian tersebut.

Bagi saya yang kekurangan kasih sayang ketika zaman junior dahulu, ini memang mengujakan. Maka bermulalah perutusan surat-surat senior di hadapan pejabat pos di ‘Dining Hall’. Saya sendiri mewujudkan imej seorang senior lelaki yang mempunyai tulisan yang teramat buruk serta kedengaran seperti dalam golongan ‘Mat Salih Malaysia’. Nampaknya menjadi, apabila saya mendapat balasan surat yang merujukan saya sebagai ‘petbro’ mereka. Malah lebih baik dari yang saya jangkakan. Sehingga ke suatu tahap mereka meneka saya sebagai seorang senior lelaki berbangsa cina. Wah! Tergelak sakanlah saya. Dalam proses pelbagai cenderamata saya terima. Terima kasih, tetapi anda masih perlu mencari siapa saya.

Hari demi hari, seorang demi seorang adik-berdik peliharaan saya terbongkar identiti mereka. Pertama, Syukri Sapuan melalui blog Ranjau Dunia beliau. Kemudian Nazariyah Othman. Akhir sekali Abdul Muizz Mat Rasani. Namun saya masih bertahan. Malah saya juga hampir tergelak besar apabila saya berbual dengan ‘petsis’ saya yang ketika itu masih belum dapat bertemu siapa saya. Katanya tulisan ‘Chang-min’ amat buruk, susah dibaca. Lucu. Mereka juga tertanya-tanya adakah Calvin dan Chang-min orang yang sama.

Bagi yang tidak dapat mencari siapakah keluarga mereka, malam itu perempuan akan dipakaikan misai dan lelaki akan dipakaikan gincu sebagai hukuman. Menjadi lebih teruja. Tidak sabar mahu menconteng muka orang.

Pada malam itu identiti saya tetap terbongkar. Tidak dapat menconteng. Down...



Nota kaki : Kepada keluarga peliharaan saya, saya sayang anda semua. Semoga ukhuwah berkekalan. Ya, termasuk anda berdua, Amos Chew dan Erna Firdzalina (susah betul eja nama kau).

2 comments:

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

hey2 pet family aku bes laaa.. huhu

Dai said...

hey hey igt pet family ko je ke bess.. hahaha...