Saturday, August 8

Pegang Jari Takpe Ke?

Di negeri Pulau Pinang ada satu sistem perkhidmatan bas yang telah diwartakan sebagai Rapid Penang. Saya selaku seorang pelajar yang hanya mempunyai lesen basikal, merupakan pelanggan setia perkhidmatan bas ini. Iyalah, manalah cukup kudrat saya mengayuh basikal sehingga ke bandar. Mahu mengayuh ke tempat menunggu bas sahaja sudah termengah-mengah. Dulu bolehlah, saya ini ramping sahaja. Sekarang sudah debab sedikit. Jadi banyaklah tenaga yang terpaksa digunakan.

Seronok naik bas. Macam-macam orang saya boleh tengok. Iyalah, Penang manalah ada LRT ke hapahapa ke.Tetapi bahagian yang tidak best apabila beramai-ramai Mat Bangla yang memenuhi bas itu. Bencilah. Terasa macam duduk di Mumbai. Pernah saya terlihat seorag mamat bangla ini mahu ‘memegang-megang’ seorang kakak di hadapan saya ketika mahu menaiki bas. Nasib baik dia belum pegang. Kalau tidak, saya pasti akan membalun kepalanya dengan beg laptop saya ini. Baru betul sikit kepalanya mungkin.

Satu hari ketika saya mahu pergi ke Summit BM (Kepada Midi, ya, aku masih pergi ke Summit. Tahulah kau boleh ‘drive’ pergi ke Queensbay), dua orang kakak (tidak tahulah, mereka lebih tinggi dari saya, saya anggap kakaklah) naik ke atas bas. Kedua-duanya berpakaian sopan, baju labuh, tudung labuh, stokin, semuanya lengkaplah. Alhamdulillah. Saya senyum, tetapi mereka senyap sahaja. Kemudian mereka duduk bertentangan saya. Salah seorang dari mereka memerhatikan saya. Ah, sudahlah saya tidak suka diperhati! Kemudian dia berkata kepada rakannya, dengan kuat dan jelas,

“Kita ni, kena la jaga aurat kita. Jangan dok pakai seluaq jeans, nampak cam pompuan murah... bla bla bla...” Kemudian mereka berdua menjeling-jeling ke arah saya. Wallaweh.

Saya tengok ke tepi. Diam. Geram. Bengang. Dalam hati menyumpahlah.

Apabila sampai di Summit, saya pun memulakan penjelajahan mencari barang yang diperlukan. Kisah tadi sudah pun terbang entah ke mana. Kemudian berusaha mencari ‘earphone’ telefon selular Sony Erickson saya. Saya tanya di Midvalley. Yang tidak original berharga RM 40. Gila.

Semasa beratur untuk menaiki ‘escalator’ saya terpandang ke tepi. Terus terpaku sebentar. Saya nampak kakak tadi berjalan dengan seorang lelaki sambil memegang tangan lelaki itu. Tak, saya tipu, saya membesarkan cerita sedikit. Dia pegang jari lelaki itu. Ya, saya amat pasti itu kekasihnya. Wallaweh. Saya yang selaku ‘nampakmacamperempuanmurahan’ ini pun tak pernah sengaja sentuh lelaki. Ingat tidak boleh pegang tangan bolehlah pegang jari? Apekehei?

Saya jumpa ‘earphone’ telefon saya. Hanya berharga RM 12. Saya sayang Pulau Pinang.


Hari itu saya pergi Midvalley lagi. Nampak satu lagi peristiwa begitu. Pakai memang cantik. Sopan. Tapi pegang jari juga.

Kawan saya cakap "Takpe, dia pegang jari je. Tak pegang tangan."


Pegang jari boleh ke? Yang saya belajar tak boleh pegang langsung. Eh eh. Saya ke yang belajar ilmu sesat?


Keliru... (nada sinis)

13 comments:

.::sharfique::. said...

Husnuzzanlah yea..
Maybe itu suami dia ke???
Mana kita tau kan
Adik dia ke...
:)

Dai said...

ha'ah kan... adik dia kot ye? sama saiz, sengih2... ye kot adik dia..

suami dia.. awalnya kawin.. umur 18 da kawin ke? suami tgu kat summit, bini datang naik bas? hm...

btw, aku menulis bukan mngutuk sesiapa.

.::annemishi::. said...

astagfirullah~~

kita x bleh pgang tgn..
wlopun brlapik msti rsa sumtg gk an?
heh.. ntah lah..

wallahualam..
luaran x menunjukkan hati seseorg..
huuu~~~

dai.... bila nk reunion blik nih??
:(

hamidi said...

dai, kau masih ke summit bm? :P hehehe

wei kuajaq gila sarkastiq camtuh dlm bus, tak puas hati arr nih. bwk aku gi jumpak minah tu weh!


ahhh melayu. suka pandang serong dekat org lain. super senior ada cerita pasal kawan dia ni.
masa cuti tunggu nak fly, dia kerja. kerja sbg tukang sapu di mana tah.
pastuh dtg makcik bersama anaknya.
makcik ni tgk bdk yg tgh tunggu nak fly ni menyapu.
makcik tu ckp kat anak dia (kuat dan boleh didengari la),
"nak, nanti belajar elok2 ya. baru dpt kerja elok2, tak jadi tukang sapu".
kurang ajar kan?

Dai said...

anneh = ya aku setuju anneh. ak rsa klu dah la pkai camtuh pastu pgang tangan plak. rasa cam dia menjatuhkan maruah orang len yg pkai camtu gak.. tu yg ak marah.

yela. berlapik pon mesti rsa. klu takat tgk muka kawan tuh pun hati dah berbunga, cuba klu dah pegang.

kita jadikan pengjaran ye...

Dai said...

midi = ya ak masih ke summit... =(

gila ar citer tuh... klu ak jdi dia ak rsa cam nak jerit je kat makcik tuh.. cri rezki camtu halal la.. nape nak pertikai plak.. rezki tuhan nak bg.. klu nak bagi pengajaran kat anak pon xyah la dok wat lagu tu... at least bdak nih ada semangat nak cari rezki. anak dia xtaw lagi nk jadi pe. haish... ter'emo' plak...

teringat ada org pnah kata kat bpak aku 'KEJA TUKANG UMAH JE'... mendidih gak ler...

hamidi said...

dai,
sekeliling kita org semua ckp
"jadi cikgu je.. JEEEEE..."

aku penah tanya member aku. ayah kau kerja apa.
dia jawab "cikgu je."

sila imun terhadap ayat itu ya.


biarlah. melayu. mmg begitu.


cikgu je. mana hebat. kan.

Dai said...

depa hingat senang ka nak jadi cikgu?? la nih pon seksa dah owh~

klu ckgu bodoh anak depa pon bodoh taw. so cgu kna lagi pndai dari doktor taw. hah. sapa nak bgkang?

sabo la midi. kita jadilah guru bio berjaya nt.. biar la org nk ckp pe...

rozailiaswan said...

sape kte pegang jari x bleh?
biase la pegang jari... jari mne nk pegang? pegang jer la.. jari ibu, jari kelingking, jari manis, jari hantu mahupun jari telunjuk... tp jari sendri jea larr..
hahahhaha.....

erm.. thu x kenape perempuan tuh pegang jari lelaki di sebelahnya..
sbb.. lelaki tu adalah saudara susuan die, tp dh terpisah jauh, baru jumpe. Lelaki tuh nk bertemu ibu susuannya, jadi perempuan tuh pergi menjemputnya di Summit kerana tidak tahu lokasi sebenar rumah.
~saudara susuan tak haram pegang jari kn2~

~jelas ke kronologi cerite td~

~kalau salah tolong betulkn~

~N.M.A~ said...

Assalamu3alaikum wbt...

maafkan sy.. sekadar mencelah..

Firman Allah s.w.t:

6-Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

[Surah al-hujuraat ayat 6]

11-Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

12-Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

[Surah Al-hujuraat ayat 11-12]

Sekadar renungan untuk smua...

Namun demikian, sy mempunyai beberapa pendapat.

1-Wanita2 yg ddk setentang tu, mungkin dia nak menasihati. Tetapi tidak kena pada caranya. Dia tidak boleh menganggap smua cara menasihati adalah sama bagi setiap orang. Lain orang, lain ragam, lain cara. Mungkin kurang dari segi kaedah [rujuk ayat 11]

2-Kita tidak boleh berburuk sangka. Selagi ada cara kita nak bersangka baik, teruskan bersangka baik. Sebab Allah dah bagi peneranganNya dalam ayat ke 12.
"...kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
[silap ari bulan diorang dah kawen.. kita tak taw.. wallahu a3lam.. kan?]

3-Hukum menyentuh wanita yg bukan mahram adalah haram secara qot3ie.

4-Kita sama2 doakan, kalau benar insan itu bersalah, smoga Allah memberi petunjuk kepada dia. Dan kita ambillah sebagai iktibar. Tetapi, kalau dia benar2 dah berkahwin ataw sbgainya, kita sama2 minta ampun pada Allah atas kekhilafan kita.

selebihnya, Wallahu a3lam~

skadar pendapat seorang insan y lemah,
JaQ

Dai said...

rozaili = gini. dia jalan cam kapel pegang tanganlah. tapi sekadar guna jari telunjuk. kiranya 2 2 orang tu pun guna jari telunjuk.. cuba ang pegang jari telunjuk ang guna 2 2 tangan ang. lebih kurang itulah.~

Dai said...

N. M. A

wa'alaikumussalam wbt...

saya amatlah bersetuju dengan pendapat saudara. namun penulisan saya di sini bukanlah niat untuk mengutuk sesiapa. cuma saya mahu anggapan sesetengah orang bahawa 'pegang jari xpe' itu dibuang. kerana pasti menyalahi syariat islam. sebenarnya, peristiwa pertama sudah lama berlaku. tetapi macam kata saudara, saya bersangka baik dulu. saya anggap itu adiknya. atau abang, atau siapa-siapalah muhrimnya. namun peristiwa kedua yang membuat saya tersentak, apabila saya terlihat perkara yang sama berulang di hadapan mata kepala sendiri. ketika itu saya membuat keputusan untuk menulis entry ini. kerana saya fikir jika saya terus 'bersangka baik' dengan perkara ini barangkali boleh merebak. kalau maksiat berlaku di hadapan mata, perlulah dicegah. kalau kita asyik 'bersangka baik' apabila peristiwa yang sama berulang-ulang, sampai bila ia akan dicegah?

niat saya sebenarnya untuk menyatakan itu salah! saya bukan menulis ini untuk mengutuk sesiapa. bukan, tidak ada niat. kerana saya bergaul dengan ramai orang, bukan hanya tertakluk dalam satu-satu 'spesis' sahaja. dan saya dapat lihat ada di kalangan rakan-rakan saya ini, walaupun mereka tidaklah begitu arif dengan agama, mereka amat menghormati mereka yang menutup aurat dengan sempurna dan menjadikan mereka sebagai contoh. kadangkala mereka menganggap semua yang dilakukan oleh golongan ini betul dan wajar dituruti. dan saya tidak mahu mereka menganggap 'pegang jari' ini sebagai halal dan dibenarkan dalam islam.

ya, kadang-kadang, kita mahu bersangka baik, namun keadaan yang kita lihat membuat kita berfikir secara logiknya. dan secara logiknya yang saya lihat, keadaan tidak tidak mengizinkan saya bersangka baik terhadap mereka! mungkin ini hasutan syaitan, wallahualam, namun yang baik bolehlah diambil iktibar. sekadar peringatan kepada pembaca dan diri saya sendiri...

zawani said...

:)