Sunday, August 16

Hanya Tulisan Sampah...

Kawan saya pernah pesan, “Kalau nak tulis blog tu, tak payah la nak cerita semua benda pasal diri sendiri. Blog tu public, ingat orang nak tau sangat ke hari ni ada test, esok hantar homwork bla.. bla.. bla...” Saya bersetuju dengan beliau. Tetapi kalau saya mahu protes blog siapa-siapa pun, itu blog mereka. Suka hatilah mereka mahu tulis apa. Kalau saya, saya marah.

Namun entry saya pada hari ini bukan untuk dibaca. Maaf. Ini mengenai perasaan sendiri. Tetapi saya tidak tahu mengapa, saya berasa puas menzahirkan perasaan di blog. Entahlah, saya tidak mempunyai penjelasan secara biologinya. Sesiapa yang mengambil psikologi barangkali?

Entry di bawah ditulis 2 minit selepas mendapat tahu keputusan peperiksaan Advance Subsidiary Level Biology yang diambil pada semester lepas. Seharian saya berasa gembira. Seronok sangat berjalan-jalan di merata-rata tempat, walaupun pada hari itu kelas penuh untuk satu hari.

Namun kegembiraan hanya terlekat pada hari itu semata-mata. Keesokan harinya, pelbagai masalah melanda. Seminggu berasa sedih yang teramat sangat. =(

Setiap =( bernilai 10 kesedihan..

Ada satu spesis orang. Apabila dia rasa dia mahu berkawan dengan orang lain, dia cari orang itu. Berborak lama-lama pun tak mengapa, asal puas. Selalunya dia akan mencari ‘kawan’nya itu jika dia ditimpa masalah. Namun apabila dia sudah sembuh dari masalahnya, dia akan ucap selamat tinggal kepada kawannya. Saya taxonomikan orang spesis ini sabagai ‘Homo Sapien class KaLuKu’. Sesiapa yang terasa, minta maaflah ya, saya bukan mahu mengata anda. Namun jika anda terasa juga dan merasa mahu melempang saya, maaflah, anda yang melakukan perkara begini. Saya boleh buat apa?

Satu berita telah tersebar luas! Berita itu bunyinya amat dongeng, namun ramai amat yang mempercayainya. Ada juga yang memberi pendapat masing-masing. Jadi di sini saya mengumumkan bahawa anda membuang masa ke atas satu berita palsu. Noktah. Fikir logiklah. =(

Cikgu Bio saya cakap, walaupun saya mendapat A dalam Biology AS Level, namun usaha saya dirasakan tidak cukup. Beliau menganggarkan saya mendapat B dalam A Level. Kecewa... =(=(

Kasihan 2 kawan baik saya. Mereka kena marah dengan saya, walhal mereka juga banyak masalah. Maaf... =(

Saya risau Chemistry dan Mathematics saya. Semester lepas saya dapat D dan E. Lagi 2 minggu akan diadakan peperiksaan percubaan sebelum saya akan menghadapi peperiksaan sebenar Oktober nanti. Amat risau. =(

Saya tertunggu-tunggu tarikh 7 Ogos. Ketika ini saya akan mendapat seminggu panggilan percuma. Terima kasih kepada Nab. Namun apabila saya mendapat bonus ini, rupa-rupanya saya tidak dapat menghubungi sesiapa pun. =(

Abah saya demam. Saya rindu abah saya. =(=(=(

Pernah rasa anda suka pada seseorang, namun tidak dapat memberitahu beliau hal itu? Anda mahu cakap, tetapi anda takut. Anda tidak boleh simpan sendiri lagi. Rasa teruk ya? Bencilah rasa begini. =(=(

Minggu ini terasa amat siksa...

4 comments:

.::annemishi::. said...

yg exam tuh.. aku pun sama.. =(


yg last skali tuh.. sedang..
malah lagi teruk kot..
ang benci org tuh.. tpi masih lagi ang suka org tuh tahap karma.
=(=(=((

Dai said...

wah.. samalah... lagi satu kalau ckp nt kna marah... tpi klu x ckp ak still masih terkongkong... waa!!!

muFFin said...

dai amek tajuk blog aku.. haha..

rileklaa dai.. cikgu bio ko ***** kan... mat saleh ni suke perlekehkan org.. trime semua sbg cabaran.. biar dia buka mata tengok kau... kan2!!!

Dai said...

berkenan tjuk tu. terngiang-ngiang. haha

ya. masa dpt mrkah componen dia ckp "i'm amazed!" yess!!! sama la english teacher ksayangan kita. dia penah kata ak xlayak g UK kot. haha.