Friday, August 28

2 tag sekaligus

TAG 1



1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan... – xcukup 10 la.. sorilah..

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..


Yang kena tag – Midi, Anneh, Abg Syazwan, Syafiq, Erna, Zol, Zawani, Skyn, Kash, Ada.







TAG 2


Nyatakan 5 fakta menarik mengenai si pemberi award:

5kah? Baik baik.


Nurul Zawani Ibrahim

- Cara berjalan Zawani masih saya ingati sehingga sekarang. =)

- Saya pernah menghabiskan dua hari cuti saya bersama-sama kanak-kanak debators, termasuk Zawani. Memang pengalaman manis.

- Saya ingin mendengar Zawani menyanyi lagu rock cintan.

- Seorang yang banyak berpotpet, dan memang amat sesuai dengan jawatan beliau sebagai 3rd speaker.

- Amat terer sebab dapat straight a’s yang saya sendiri kantoi satu.




Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya~


- Saya teramat ketagih gila gila mahu FLY!

- Bercadang mahu pergi ke Imperial atau Warwick

- Walaupun Imperial mintak AAB dan IELTS band 7.0 in all component membuatkan saya pening kepala dan mahu muntah.

- Pelajar Biology yang haemophobic (takut darah)... Jadi? Saya bukan ambil Medic. Mungkin itu juga membuatkan badan saya sendiri tidak cukup darah.

- Hidup saya hanya 63% tanpa telefon selular SE W200i saya. Dalam itu ada 500 lagu.. Aaa dan laptop saya.

- Saya boleh menjadi terlalu obses dengan Biology.

- Hobi saya ialah berpesbuk, berblogging, berphotoshop dan menonton filem.

- Hidup saya sedang berselerak sekarang dengan peperiksaan, study, duit, masa depan, university dan orang itu. Huh.

- Sedang berusaha menyukai Maths dan mentererkan diri dalam Chem.

- Benci melihat lubang tandas. Kecuali ketika masa saya mahu membuang.




Anda perlu memilih penerima award seterusnya,dan describe tentang mereka


Hamidi Yusoff

Senior sekampung saya yang sama course, penaja, dan subjek walaupun berlainan jantina. Saya hanya menyedari yang beliau merupakan orang kampung saya di saat-saat akhir beliau di kolej. Saya menyesal hingga sekarang. Hari terakhir beliau di kolej barulah saya pergi menegur beliau. Ini juga saya sesali. Dan saya amat berbangga tahap gila-gila moksya dengan beliau apabila beliau memperoleh 3A dalam A-level beliau lalu dapat terbang ke Imperial College London (Weyh hampa ingat senang ka nak dapat straight a’s pastuh pi Imperial plak tu? Susah okay sesusah nak masuk Royal College of Surgeons taw!) Jadi saya berikrar kepada diri sendiri mahu menghantar Midi di KLIA. Mahu bagi semangat kepada beliau dan diri sendiri. Dan mahu menjejak kaki untuk pertama kali di KLIA. =)


Hanis Hafizah

Rakan sebatch saya yang berada di aliran Sains Teknikal. Sedang mengalami krisis seperti saya walaupun jalan ceritanya kurang saya fahami. Berada di KBU dan sedang cuba untuk fly ke Australia. Saya amat mendoakan kejayaan beliau, supaya kami dapat fly bersama walaupun berlainan timing dan tempat. Selalu berkunjung ke blog saya dan meninggalkan komen. Ini amat dihargai oleh saya. Annemishi, sila berjaya!


Sakinah Mat Farit

Rakan sekolaj yang disukai saya. Beliau amat low-profile, dan pandai membuat lawak bodoh. Ini juga saya suka. Kadangkala beliau akan meng’YO!’ saya jika bertembung dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Selalu dilihat memakai Crocs beliau yang berlainan warna. Rakan baik kepada Kashful Azim. Peristiwa yang diingati ialah menyanyi lagu jiwang dengan kuatnya di dalam bas sekolah menuju ke Mid Valley sepanjang perjalanan bersama-sama dengan Kash.


Kashful Azim Kashlan

Pertama kali melihat muka beliau di PICC. Tidak menyangka bahawa budak ‘kelola’ ini akan menjadi agak baik juga dengan saya. Pernah bekerja di bawah beliau beberapa kali untuk program kolej, dan setiap kali bekerja bersama beliau membuatkan saya tidak berkesempatan untuk mandi kerana terlalu sibuk. Seorang yang baik, dan seperti kawan rapatnya, pandai membuat jenaka bodoh. Sedang dalam proses menghadapi dugaan yang sukar.=)


Shazwan Zainal

Abang saya yang akan berangkat ke Warwick 2 Oktober ini. Beliau amat popular dan dikanali oleh ramai warga kolej. Perwatakan yang charming dan mesra rakyat menjadikan beliau senang didampingi oleh orang lain. Seorang debater, dan rupa-rupanya saya pernah ‘bertemu’ beliau di HKSBP Sakti, walaupun ketika itu beliau bertindak sebagai jurulatih tambahan team Asis dan hanya duduk memerhati di kerusi pemerhati. Beliau seorang yang supportive dan mempunyai senyuman menawan (Eceh). Ini terbukti apabila terdapat apa-apa aktiviti yang melibatkan perlawanan antara house, beliau akan setia menyokong dengan lantang housenya, Sapphire, sehingga kadangkala kami menjadi tertarik melihat cara beliau menyokong.


Erna Firdz... (Adoi susahlah nama kau).

Petsis saya yang disayangi. Banyak juga cakapnya. Menganggap tulisan saya amat sampah ketika mula-mula tidak mengenali saya dahulu. Mengenali saya dengan nama Changmin. Sangat baik, kerana walaupun tulisan hodoh saya termatera di atas sekeping kertas conteng lembik, beliau tetap membalas dengan kertas warna-warni dan siap dengan Kit Kat lagi. Nantilah saya belanja, pokailah sekarang. Adoi tak tahulah mahu tulis apa lagi.


Zolakmal Dabat

Sekarang sudah menjadi samurai di Jepun. Presiden OXSIKA yang berbakat, walaupun kadang-kadang beliau agak kelam-kabut. Saya membenci rambut Zol sekarang, Zol sila jangan terasa. Suka berlagak cakap Jepun dengan saya, kadang-kadang saya rasa down saya akan pergi ke negara yang hanya menggunakan bahasa Inggeris. Zol amat meminati mantan PM Che Det dan menidak sukai wakil rakyat kawasan saya, Anwar Ibrahim. Walau bagaimana pun rambut Zol sekarang, saya tetap merasa Zol seorang sahabat yang baik dan amat supportive. Dan ada orang pernah mengatakan muka kami hampir serupa membuatkan saya hampir tercekik. Tetapi saya lega kerana apabila rambut Zol sudah panjang dan beliau juga berdegil tidak mahu mengkerat rambut beliau, maka ianya menampakkan betapa berbedanya saya dan Zol. Terima kasih Zol.=)


Syafiq Yazid

Bos saya sewaktu bangsawan. Juga rakan sekumpulan semasa BTN. Dulu beliau memang pendiam, tetapi sekarang saya rasa beliau agak peramah dan kadang-kadang amat lawak. Beliau akan terbang ke Bristol lalu menjadi doktor berjaya nanti. Amat pandai melukis, bulatan yang dilukis sewaktu BTN juga amat menjadi dengan setiap pricision garisan yang dibuat beliau. Lukisan backdrop yang dibuat oleh beliau juga amat menarik, saya rasa seperti mahu membuat langsir dengan kain itu. Syafiq, saya rasa anda paling sesuai membuat backdrop, dan bukan sebagai penari bangsawan. Serius.


2 comments:

.::annemishi::. said...

errr.. saya di kbu lah.. bukan di taylor.. harap maklum

Dai said...

huhu sori2 anneh, ak tlis mende ni 4.30 pg kowt. ahaha mereng weyh...