Monday, July 20

Project Science Dalam Bilik


Project Alpha : Biology




Pengenalan : Sejenis pokok menjalar yang hidup dengan memerlukan air yang banyak, pokok keladi (lebih kurang) ditanam dengan menggunakan Biogel di dalam bekas yang diambil di dapur setelah Mama menyatakan hasrat ingin membakar bekas tersebut.


Medium : Biogel yang dibeli di Summit. Tertarik setelah terlihat pokok di rumah Nab yang ditanam dalam Biogel. Namun Biogel yang dimiliki oleh Nab mempunyai warna berbeza, iaitu warna biru gelap dan saiznya juga lebih gemuk juga mantap.


Bekas : Bekas isi kuih raya tahun lepas (Microwave Oven Safe). Anggaran menggunakan sejenis bahan sintetik sebagai sumber.


Pokok : Tidak dapat dikenal pasti. Sejenis pokok yang menjalar. Ditanam di rumah di dalam sabut.


Pemerhatian

(i) Pokok hidup dengan subur.

(ii) Menggunakan air dengan amat banyak. Sama ada air dalam Biogel yang tersejat atau kadar transpiration yang tinggi dalam pokok, walaupun hanya diletak di dalam bilik. Penyaman udara rosakkah?

(iii) Akar tumbuh dengan amat panjang, hingga memecahkan bebola-bebola Biogel.

(iv) Daun baru tumbuh dengan banyak. Bolehlah dikategorikan sebagai pertumbuhan sihat.

(v) Daun agak tidak rata. Tidak sampai tahap mengecut kerana pokok mempunyai daun yang tebal.

(vi) Walaupun banyak daun baru yang tumbuh, namun sejak Januari dulu tidak ada satu pun daun yang menjadi kuning dan gugur.



Kesimpulan

(i) Semasa mengulangkaji Biology bagus melihat pokok.

(ii) Bercakap dengan pokok boleh menimbulkan keinsafan. Dan menjana tumbesaran pokok. Pernyataan pertama tiada kajian saintifik.

(iii) Sayangilah alam sekitar.




Nota kaki : Baru-baru ini pokok saya sakit kerana saya tercelup tangan saya yang mempunyai sisa ubat krim yang beracun untuk pokok ke dalam Biogel. Syi’al.










Projek Beta : Chemistry




Pengenalan : Beberapa kanta lekap yang sudah melanggar tarikh luput beberapa hari dahulu diletak di dalam satu bekas untuk menilai efek bahan-bahan kimia ke atas kanta-kanta lekap tersebut.


Material : Dicolek dari makmal Chemistry 4 di kolej. Beberapa jenis asid, alkali dan bahan toksik telah diseludup dengan jayanya setelah makmal menjadi huru-hara seketika berikutan letupan yang diakibatkan oleh eksperimen saya. Namun concentrated sulphuric acid didapati dari sumber lain.


Bahan Ujian : 5 keping kanta lekap tamat tempoh pemakaian yang berjaya dipelihara sejak 3 bulan 6 hari yang lalu. 3 daripadanya merupakan untuk mata sebelah kanan dengan nilai pe’magnify’an sebanyak 1.25. Manakala 2 darinya milik sebelah kiri mata bernilai 1.00. Sekeping lagi untuk mata sebelah kiri tidak dapat diselamatkan setelah hancur kerana tersekat di celah-celah penutup bekas.


Kontek lens : Jenama Bousch N Lomb (Ntahlah. Bahasa German ini susahlah). Disimpan dalam larutan mengandungi protease.


Bekas : Mangkuk maggi yang telah disterile dan dicuci dengan air suling.


Pemerhatian


Kanta 1 : HCl (aq) – Dilute hydrochloric acid

Kanta lekap menjadi amat lembik. Umpama plastik basah yang melekat-lekat di tangan. Efek tidak begitu signifikan kerana asid hanya berada di bawah pH yang agak tinggi dan hanya 1 mol asid yang digunakan. Jika dipakai pedih membakarlah mata anda.


Kanta 2 : Phenolphthalein

Tiada apa-apa berlaku. Sudah tentulah, itu hanya digunakan sebagai indicator untuk menunjukkan kehadiran asid atau alkali. Tetapi ada sedikit perubahan warna dari pink sikit-sikit ke tiada pink yang saya kira hasil dari penggunaan protease untuk menyimpan kanta tersebut. Protease itu acidic.


Kanta 3 : PbNO3 (aq) – Lead nitrate

Kanta lekap menjadi kelabu dengan sedikit debu putih di permukaannya. Permukaan menjadi corrogated atau tidak rata. Kanta mengeras dan jika dikepak, akan patah. Nampaknya kanta telah menjadi brittle. Dan apa yang saya amat pasti, jika kanta itu dipakai di mata pasti anda akan menjadi buta kerana bahan di atas ialah bahan toksik. Saya tahulah, benda itu adalah soalan dalam kertas percubaan Biology AS saya.


Kanta 4 : NaOH (aq) – Dilute sodium hydroxide

Entahlah. Seperti tiada apa-apa. Saya tunggu dan tunggu selama beberapa jam sehingga semua cecair tersejat. Yang tinggal hanyalah kanta lekap yang kelabu asap. Kalau dipakai anda akan nampak salji di Malaysia. Wah, petanda mahu kiamatlah! Takutlah.


Kanta 5 : H2SO4 (l) – Concentrated sulphuric acid

Inilah ujikaji terbest. Asid sulfurik diperoleh dari clorox. Memanglah tidak pure, tetapi jadilah. Kanta lekap mengecut dengan pantas, berlipat-lipat, menjadi begitu corrogated dan akhirnya saiz hanya tinggal 40 peratus. Bayangkan benda ini berada di mata anda ketika asid dititiskan. Buta woh! Apabila cuba ditarik ianya terkoyak. Inferens saya, jika menggunakan asid pure, pasti sudah berasap. Kena di tangan juga sudah pedih membakar kulit.



Eksperimental error

(i) Kanta lekap berlainan kuasa magnify boleh menyebabkan lain ketebalan dan lain kesan.

(ii) Protease digunakan lebih dari 3 bulan.

(iii) Bahan kimia tidak pure. Sebagai contoh phenolphthalein sepatutnya sebelum dieksperimen tiada berwarna. Tetapi ia sudah pink sedikit.

(iv) Keadaan tidak berada dalam standard condition iaitu 25 darjah celcius dan 1 atm pressure. Suhu bilik saya panaslah.

(v) Bekas tidak disterile dengan baik.

(vi) Banyaklah. Malas mahu tulis.



Kesimpulan

(i) Tak mahu pakai kanta lekap ke praktikal lagi! Ngeri!

(ii) Jangan meniru aksi di atas. Anda tidak terlatih. Saya juga. Kerana saya cikgu Biology, bukan Chemistry.


Nota kaki : Maaf jika beberapa perkataan bahasa Inggeris yang saya gunakan tidak digemari anda. Saya sudah terbiasa. Sudah tujuh tahun. Lamalah. Terjemahkannya dalam bahasa Melayu pun saya mungkin lembap sedikit.

2 comments:

hamidi said...

summit? summit bm..? kau masih pergi ke summit bm....????

Dai said...

okeh... tmpt tuh tmpt bas kan? aku jln nek bas.. aku xder lesen... T_T~pengakuan terbuka...