Friday, July 3

Job Attachment Saya.

Di SBPI Kubang Pasu.

Tiada apa yang menarik? Biar saya menarik anda. Itu sekolah lama saya.

Bagi guru-guru di situ yang kebanyakannya terdiri dari guru yang muda-muda belaka, ini memang luar biasa. Saya merupakan batch kedua yang tamat persekolahan di situ. Jadi memang menghairankan sesiapa sahaja jka saya kembali ke sekolah itu selepas baru dua tahun melangkah keluar untuk menjalankan ‘pra-praktikal’ sebagai guru.

Ada orang tanya saya tak segankah?

Segan yang amat.

Terutama apabila saya terserempak dengan junior-junior saya dan mereka memberi salam kepada saya. Assalamualaikum cikgu. Haish. Malulah.

Mentor saya cikgu Zahrul. Guru Biology saya dulu. Di mana ada cikgu Zahrul, saya akan ikut. Jadi, selama 3 hari saya hanya mendengar mengenai Biology sahaja. Dulu semasa zaman sekolah pasti saya tidur.

Gambar yang diambil menerusi teknik paparazzi di atas ialah gambar Cikgu Zahrul Fuad.


Apabila anda asyik mengekori guru anda, pandangan anda terhadap beliau pasti akan berlainan. Walaupun saya telah berguru dengan beliau selama 2 tahun, tetapi masa 3 hari tersebut telah mengubah pandangan saya seluruhnya terhadap beliau. Dulu saya rasa beliau best; Sekarang saya rasa beliau amat hebat.

Sebagai contoh, saya menyaksikan sendiri beliau mengulangi perkara yang sama setiap kali beliau masuk ke setiap kelas yang berlainan. Bolehkah saya bertahan seperti beliau apabila saya sendiri menjadi guru sebenar nanti? Mungkinkah saya boleh menjadi mereng? Hargailah guru anda.


Pelajaran yang diajarkan pada kami 3 tahun lepas diulang...


Diulang lagi...


Lagi...


Dan lagi...



Apabila saya menyertai mesyuarat mingguan guru-guru, terasa janggal sekali duduk di dalam bilik mesyuarat. Saya masih terasa diri saya pelajar di situ, dan duduk sebaris dengan guru-guru dalam bilik itu membuat saya berasa teramatlah kekok.

Ditambah pula saya dipaksa masuk ke dalam sebuah kelas untuk menggatikan guru yang tidak datang (Ya, terima kasih Madam Siti Hajar dan Teacher Normala). Pada mulanya terasa takut yang amat sangat. Tetapi selepas itu terasa gambira. Dan ingin masuk kelas lagi. Peliklah.

Banyak sangat yang saya pelajari. Pendedahan awal memang perlu.





Pelajar/ Junior saya. Dan tempat saya di dalam bilik guru.

11 comments:

.::annemishi::. said...

wow... cam best jaa jdik ckgu.. haha~ bru umor 19 tahun... tpi dh jdi ckgu.. best2...

hamidi said...

wow, beraninya kau pegi! siap join mesyuarat chekgu2 lagi.
haha aku tak buat pun job atecmen tu. dok pikir2 malu..malu..malu..
sampai ke sudah tak buat.

Dai said...

anneh : yela... rasa cam tua jaa... hish...

midi : aiseh... aku pagi nak g skolah tu pon pikir nak dkat seratus kali gak...

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Bangun semua~

"Assalamualaikum, cikgu!"

Dulu nak jumpa cikgu kena tunggu kat kaunter~
Sekarang dah duduk kat tempat cikgu dah!

Hahah, baru dua tahun, ang dah naik pangkat dah!

Best of Luck, InsyaALLAH!

Dai said...

ya2, benar2, skang bila masuk kelas bdak2 bg salam...

assalamualaikum, cikgu!

okeh, itu amat pelik. lalu tepi2 tga pon gitu.

alhamdulillah. semoga boleh jadi cgu yg baek nt, i'allah.

thanks~

Nurulhusna Zubir said...

haha..dai2..lwk tol..klu ak sure malu..tp ksian..cikgu kna tdo blik sakit..haha..

Dai said...

ak malu gle laa... aiseh... besh tido blik sakit woh~ bilik bsar tuh ak sorang.. nga~

rozailiaswan said...

really? teknik penceritaan yang menarik, menyebabkan terkenang kembali setiap inci sbpikp, nasib bek merah je mata...

mantap giler.. mesti bestkan... anyway, sampai bila stay kt sana, lau lama lagi insyaAllah balik ni nk p melawat cikgu2 lama gn 'cikgu baru'
haha

Dai said...

alhamdulillah... smoga slamat pulang incek rozaili.. tapi anda hanya dapat mlawat cegu2 lamalah.. cgu baru sudah retired. ha3.. slamat pulang ke malaysia...

rosmanrazif said...

nasib baik tak dtg ajar kat kelas saya>>> kalau tak nanti mesti kena gelak hahhhh....ha..ha...

Dai said...

wah...kanak2 ini amat nakal ya...