Sunday, June 14

Pengambaraan Kelab Natural History

















Baik. Semalam hari yang panjang. Banyak peristiwa berlaku.



1. Sudah sesat dalam perjalanan mahu pergi ke Taman Alam Kinta. Pusing-pusing kawasan Batu Gajah. Berbanggalah orang Batu Gajah, si Mahfuzah. Dapat tengok tasik, kapal korek, tasik lagi, deghoyan...


2. Termuntah. Pertama kali dalam 10 tahun lepas. Keluar ikan bilis dan air milo.


3. Melihat kesan pencemaran alam. Banyak ikan mati di tepi-tepi tasik lombong.

















4. Menyaksikan sendiri keindahan ciptaan tuhan di Taman Alam. Burung di situ besar-besar. Menyebabkan fikiran saya, Iza dan Muffin melayang-layang mengingatkan masakan apa yang sesuai jika burung ini mahu dimasak dan apakah cara terbaik membawa burung itu pulang tanpa diperasan oleh pak cik pengawal di situ.


5. Ini pelik. Kami nampak sekumpulan kerbau sedang ber’posing’ untuk diambil gambar.


















6. Van dan kereta Mr Boler penuh dengan debu akibat melalui jalan yang tandus ketika ingin sampai ke situ. Arakian kami beramai-ramai mencoretkan perasaan masing-masing di tingkap dan badan kenderaan. Ini termasuk nukilan ‘kami didera’ di belakang van oleh salah seorang senior lelaki. Baik. Mr Boler tidak faham itu.


7. Melalui Kelies Castle. Tidak tahulah ejaan betul atau salah. Ramai yang dapat melihat sendiri patung saudara Kelie di tokong Hindu berhampiran runtuhan istana tersebut. Ini tidak termasuk saya kerana saya tidak dapat mencari patung tersebut gara-gara tersalah anggap saya perlu mencari patung seorang perempuan. Bahasa mudahnya saya tersilap anggap Kelie itu perempuan.


8. Berbual dengan seorang kanak-kanak 7 tahun yang amat tinggi daya imaginasinya. Hasil daripada media massa dan kesan teknologi.


9. Pengalaman paling mengujakan. Mandi dengan sepuas-puasnya air terjun di Lata Kinjang. Kinetic energy yang di’exert’kan oleh air terjun amat memuaskan hati. Amat gembira mengambil gambar dengan gaya pertapaan yang mantap. Juga gambar dengan buah nyior.













10. Pasar malam. Pertama kali membeli Yong Tau Fu, sudah terkena hentaman sebanyak RM 9. Saya dengan rasminya sudah pokai.



6 comments:

hamidi said...

terima kasih. baru hari ini saya tahu kellie tu lelaki.

Dai said...

ya. saya juga baru semalam belajar kellie itu lelaki. terima kasih trip mr boler!!

.::annemishi::. said...

nmpk yong tau fu jaa. =.="

wlopun ckgu rizal tegoq

"uih.. makin tembun la nih"

ttp rsa lpaq..

waaaaaa.......tpi x kan kot.. :(

Dai said...

uh..jika anda ditegur makin tembun rasanya saya akan kena makin tembam...
boyot mungkin?? haha..
begitulah lumrah alam.. ambil makanan berdasarkan nafsu semata-mata... sudah terkena 9 hingget...
aiyoh...

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

uih... nak ikot. nak ikot

Dai said...

dah terlmbat lor...