Saturday, June 27

Lelaki atau perempuan mencarut lebih banyak?

Sekilas membaca tajuk di atas, mungkin satu jawapan akan muncul di kepala otak masing-masing. Mungkin jawapan yang sama? Tidak tahulah. Saya belum banci. Bayangkan, jika kepala saya terhantuk pada batu atau apa-apa sahaja yang boleh menyebebkan saya mereng seketika dan terlupa siapakah saya sebenarnya, membaca tajuk entri pada kali ini akan menyebabkan satu jawapan terpacul dalam kepala saya; Lelaki. Syukur perkara di atas hanya mitos, dan saya masih boleh berfikir dengan waras sekarang walaupun kepala saya pernah terhantuk atau dihantuk dengan macam-macam benda, termasuklah senduk gulai mama saya.

Baik. Cukup membebel.

27 Jun lalu sepatutnya merupakan tarikh saya berangkat ke SBPIKP. Tetapi disebabkan sepupu saya berkahwin, saya melewatkan sehari tarikh keberangkatan saya. Dan pulang ke Lumut, Perak. Sepupu saya amat merah jambu ketika itu.




Maaf. Saya membebel lagi.

Ketika pulang, sebuah kereta tiba-tiba keluar dari lorong bertentangan dan amat hampir sekali menyebabkan perlanggaran dengan kereta kami. Mujur abah sempat mengelak. Abah terdiam sahaja, tetapi mama terus *$&*^$$@^&(*(%$@..... Baik. 1-0.

Kadang-kadang, apabila saya berbual dengan kawan baik saya, saya dapati beliau tidak pernah mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian. Walaupun saya suka memanggil beliau mangkuk, bodoh, bangang… beliau tidak pernah membalas sebegitu dengan saya. Maaf. Walaupun aku panggil hang sebegitu, aku tetap sayang hang. 2-0.

Rakan semeja saya, Ariff, tidak suka mencarut. Tetapi beliau amat suka ‘curse’. Kadang-kadang, apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika waktu eksperimen, beliau akan ‘curse’. Selalunya nama ‘binatang itu’ akan keluar. Sebagai contoh, eksperimen terakhir kami pada semester kedua dipenuhi kata-kata yang akan ditapis Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Sebab utamanya, cacing yang kami isi dalam boiling tube telah berusaha membunuh diri dengan mengorek kapas yang memisahkan mereka dengan CaO. Saya cakap bangang, Ariff cakap nama ‘binatang itu’. 2-1.

Semasa zaman sekolah berasrama penuh (SBP) dulu, rakan sedorm saya memang terkenal dengan gosip-gosip beliau. Selalunya beliau akan bergosip di dalam dorm saya pada waktu petang atau ketika saya mahu tidur. Dan selalunya juga saya akan terdengar perkataan-perkataan itu terkeluar dari gosip mereka,bersama nama lelaki yang menjadi bualan mereka. Lelaki bergosip? Saya tidak tahulah. Saya tidak pernah menyertai mereka... Baik. Saya tipu. Mereka pun sama. 3-2.

Rakan karib saya yang seorang lagi pun tidak begitu suka mencarut. Beliau lebih suka ‘curse’. Saya akan ‘curse’ bersama beliau. Tetapi saya tidak dapat bandingkan, kami berdua perempuan. Kekal 3-2.

Jika anda suka mem’bloghopping’, anda akan perasan yang kebanyakan entri politik akan ditulis oleh lelaki. Jika anda menulis entri politik, selalunya anda akan mempunyai kecenderungan untuk berpihak kepada satu parti. Dan jika anda menyokong satu parti, anda akan mengutuk satu lagi parti. Ayat kutukan tidak akan sempurna tanpa carutan. 3-3.




Serilah.

4 comments:

.::annemishi::. said...

haha~~ saya x suka mencarut sgt.. cuma kdg2..

pling teruk pon.. sh**.. bodo**..

Dai said...

haha...itu kira mencarut ke?

The Reaper said...

Ngahahaha~

Aku sllu gk laaa mncarut~

Tatao awat~

Slalu laaa dok kluaq yg english nya kaaa,melayu nya kaaa,tamil n chinese pon ada...And paling best,pki loghat sndri(KEDAH BOLEH!!!)~

Ngehehehe~

Sekian,terima kasih~

#3

Dai said...

ya2..slalunya yg plg power ialah bhasa utagha...