Sunday, June 7

INNOCENT.OPEN MINDED.BLUE

Topik ini sangat bosan. Jadi jika anda tidak mempunyai minat jangan teruskan pembacaan.


Tutup saja.


Mahu baca juga?


Suka hatilah…


Saya cakap kepada seorang sahabat saya bahawa saya bersyukur saya tidak mempunyai otak biru. Otak biru itu maksudnya fikiran kotor.

Beliau membangkang. Beliau katakan saya tidak patut bersyukur kerana perkara sebegitu. Ianya boleh menyebabkan masalah komunikasi. Miss Communication. Begitu.

Ada yang akan membuat analisis komparatif mengenai ayat di atas. Kesimpulannya saya akan dilihat sebagai seorang yang tidak berfikiran terbuka. Open minded.


Baiklah. Saya seorang pelajar jurusan Biologi. Maka ‘perkara-perkara tertentu’ di dalam silibus pengajaran memanglah tidak dapat dielakkan. Biologilah katakan.

Kadang-kadang saya tutup mata. Mereka gelakkan saya.

“Chill ar Dai.. This is for academic purposes.”

Jadi atas nama ‘academic purposes’, bolehlah mata dibeliakkan dan berfikir jauh lebih ekstrim dari ayat atau gambar yang dipaparkan?

Adik saya yang berumur 8 tahun setengah pun tahu. Tak boleh. Tuhan marah.


Heh. Bunyinya amat orang kampung kan?

Iyalah. Post ini memang ditulis oleh seorang budak kampung. Jadi pemikiran beliau juga memanglah kekampungan. Konsep juga memang konsep orang kampunglah.

SALAH. Ini konsep Islam.


Dari mata akan turun ke hati. Jika yang dilihat itu kotor, fikiran itu kotor, hati kotorlah. Senang saja.

Open minded saya untuk konsep ini hanya untuk ‘bangsa’ lain. Orang putih tak kahwin pun tak apa, boleh tidur sekali? Biarlah. Orang putih boleh sesuka hati je cakap macam tu? Biarlah. Yang kita nak ikut sangat kenapa?

Bunyi macam racism? Memanglah. Saya paling benci perangai orang Melayu yang menyanjung sangat budaya kuning. Budaya sendiri dikeji pula. Iyalah. Budaya Melayu untuk orang kampung je

Open la sikit. Biasa la pegang-pegang, pikir menda camtu. Kita dah besar what...

Badan saja besar. Akal kanak-kanak juga. Seronok sangat ikut cakap syaitan.


Teremosional pula. Mungkin masih teringat peristiwa di Makmal Biologi beberapa hari lalu. Menyebabkan saya beristighfar beberapa kali walaupun telah lama berlalu…

Satu lagi perkataan. Saya ini ‘innocent’ tidak terfikir perkara ‘sebegitu’.

Yang itu saja ke yang ada dalam kepala hotak korang?? Astaghfirullah…

Saya tahu anda sudah pun berumur 18 tahun. Bukan bawah umur. Tapi tidak perlu asyik berfikir sedemikian. Jika asyik terfikir pun tidak perlu diluahkan, hanya mendorong orang lain berfikir yang sedemikian rupa. Dan jika sudah tidak boleh tahan, kahwinlah. Kalau ikut hukumnya memang sudah jatuh hukum wajib…


Penat saya edit post ini. Banyak sangat yang perlu ditapis.

Hipokrit? Memanglah. Jika berhadapan saya takkan cakap begini. Salah cakap lain pula jadinya. Tapi ketahuilah. Saya benci. Saya sendiri pun iman senipis kulit bawang. Huh? One-cell thick je? Nak jugak nipiskan lagi?

Kecewa dengan generasi sendiri. Na’uzubillahi min zaa lik. Harap dapat menginsafkan beberapa pihak.



“Macam mana laa budak ni nak pergi UK? Menda macam ni pun bising..”

SAYA HANYA AKAN BISING JIKA HAL SEBEGINI MELIBATKAN ORANG MUSLIM. NOKTAH.

4 comments:

.::annemishi::. said...

yeah, dayah~~~~i like your post this one..
:)

for me..yup..it's true.


btw, bru ku psan..nma die tuh byi mcam die la dlam english..
huhu..

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

no comment. since aku x amek bio. dan besyukur x amek bio :)

rosmanrazif said...

tahniah kerana berjaya menghasilkan post yang bagus walaupuun ianya boleh dikatakan agak 'sensitif'.

Tapi memang betulah, kalau yang buruk itu tetap buruk, yang haram itu tetap haram.

Gunakanlah ilmu yang anda ada untuk membangunkan umat kita!!!!!!


مبروك

Dai said...

anneh ~ oh terima kasih.
btul2. =)

ada ~ tak bolehlah ko bersyukur ko x amek bio.bio tuh bukan menda jahat. orang yang tgk menda tu cara salah sebenarnya buat bio tuh nmpk x elok. tp klu ko btol2 pikir pro ko akan nmpk betapa besarnya kuasa tuhan dalam suma benda yang dia ciptakan dalam ilmu tu. temasokla chem, fizik, math... bagi aku, sapa yg x cuba belajar bio tu macam satu kerugian dalam hidup dia. macam aku rasa rugi x amek fizik...

rosman ~ haha.. sensitif lagi ke nih? dah edit byk gle ni... hm, apa2 pon rajin2 la berjunjung ye!