Friday, June 26

Happy Birthday Abah!!!


Semasa hari lahir abah saya tiada di rumah. Saya sedang sibuk ber’ecotrip’. Sibuklah sangat… 22 Jun itu saya berada di tengah-tengah Taman Negeri Perlis, sedang bergeli dengan pacat. Jadi, untuk menelefon abah saya bagi mengucapkan selamat hari lahir, saya terpaksa juga meragas tempat-tempat tertentu untuk mendapatkan gelombang telefon. Tetapi tidaklah begitu ekstrim.

Dan saya hampir terjatuh ketika abah saya menyatakan bahawa tempat itu ada pocong.

Bagi anda yang kurang mengetahui, pocong ialah satu spesis hantu yang berbungkus kain kafan dan ada satu reben comel di atas kepalanya. Haish. Takutlah. Jangan cerita perihal pocong.

Namun saya tidaklah bertemu pocong pun. Walaupun ada juga seciput peristiwa aneh. Dia pun nak juga…

Di bawah ini bukan gambar pocong. Sila ambil perhatian.



Abah, saya sayang abah.

No comments: